OOO

Memaparkan catatan dengan label shopping di tesco mutiara damansara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shopping di tesco mutiara damansara. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 30, 2012

Shopping Di TESCO Extra Mutiara Damansara

48 hours Sticky Post. Scroll down for the latest entries.
 
Balik dari menonton, anak-anak ajak beli barang keperluan...erhmm nak gi mana yer..
Mak jomlah ke TESCO..Ira nak beli barang nak bawa balik ke asramalah.
 
Pergi kat hypermarket senang, semuanya ada di bawah satu bumbung..anak-anak boleh pilih apa yang mereka perlukan.

Di tambah pula dengan lagi dengan harga barangan yang berpatutan serta pilihan produk yang banyak mengikut jenama dan saiz.

jamu mata.. cantiknya bunga..orang perempuan 
kalau tenguk bunga mesti tertarik
Excitednya Imran bila tengok mainan yang dijual disini terlalu 
banyak sampai akak pun tak larat nak layan karenah dia.
 
 Kalau keliru dengan harga..leh semak di mesin semak harga kat sini
 
Mak nak susu...akak suka jika ada jualan murah yang melibatkan barang keperluan keluarga yang tertera harga diskaun, sebab bolehlah beli sekali banyak dan simpan (stockpiling)...janji tarikh luputnya masih lama lagi.
Belek-belek barang perhiasan rumah..kalau ada yang terkenan..ada bajet terlebih dan harga berpatutan..terus masuk dalam troli
 
 Mana satu yang cantik..rambang mata 
dibuatnya pelbagai pilihan
 
Mak..nak belilah non stick pan ni  Daus

pelbagai corak..pelbagai bentuk
"Brand ni memang susah nak cari ni..Tempat lain tak jual"... 
Anak akak ni memang pakai satu brand je untuk penjagaan diri dia.
 
Bahan-bahan keperluan bakeri yang sesuai untuk akak yang jual kukis coklat chip.   Tak salah membeli barangan jenama pasaraya kerana harganya yang murah dan berpatutan serta kualitinya yang sama dengan barangan berjenama terkenal.
Kat sini juga menjual pelbagai pilihan sayur-sayuran yang segar kerana mereka mengambil dari penanam sayur dan terus dihantarkan ke kedai mereka setiap hari. 
Pelbagai jenis roti yang berkualiti, pelbagai pilihan dan bentuk, rasa 
serta saiz yang berbeza dan ianya dibakar pada hari itu juga.
Selain sayur-sayuran, buah-buahan yang terdapat disini juga amatlah segar dan harganya memang jauh berbeza dari pasar-pasar malam dan juga pasar-pasar pagi.
Kalau ke TESCO memang anak-anak suruh beli Pizza di sini..murah dan sedap pula..tak payah nak penat-penat beli bahan dan membuatnya.  Balik rumah cuma panaskan dalam oven dan juga tidak mengotorkan dapur.
Balik rumah cuma panaskan dalam oven dan juga tidak mengotorkan dapur. Harganya memang murah dan menjimatkan daripada makan di luar.
Suasana TESCO Extra Mutiara Damansara  dulu dan sekarang memang sangat berbeza, sekarang ni sangat-sangat mesra pengguna, lengkap dengan pelbagai kemudahan, ruang pameran yang tersusun dan bertambah ceria.
 
Di buka dari pukul 8 pagi hingga 1 pagi keesokannya harinya, memang memudahkan bagi warga kota yang sentiasa sibuk setiap hari untuk membeli belah barang keperluan di sini. 
 
Jangan lupa membawa Clubcard anda tau dengan menjadi  Tesco Clubcard, kita boleh collect point, yang boleh di convert  dengan Clubcard Cash Vouchers.



lagi banyak point yang di kumpul, lagi untung...yang paling seronok..pendaftaran adalah percuma


Tempat pembayaran yang banyak dan luas menyenangkan untuk membawa troli dan mempunyai banyak  kuanter pembayaran.  Layanan dan perhatian dari para pekerjanya juga adalah mesra pelanggan dan penuh dengan senyuman.

Di TESCO Extra Mutiara Damansara juga terdapat kemudahan seperti
Kedai  Optik 
 Farmasi..senang nak cari produk kesihatan di sini

Kedai Telefon ..kalau tak beli..boleh jamu mata..kalau dah berkenan beli ajerlah

Samsung World yang menjual produk-produk Samsung..
pelbagai jenis peralatan ada di sini

pelbagai kemudahan untuk membeli barangan elektrik yang diingini
Bila dah penat membeli belah, bolehlah membasahkan tekak dengan makanan dan minuman yang di jual di sini. 
 
Antara aktiviti yang di adakan di TESCO Extra Mutiara Damansara

Salah satu sebab anak-anak suka berkunjung kesini sebab boleh melibatkan diri dengan aktiviti yang di adakan sambil bersuka ria bersama keluarga
 
Tak risau tentang bayaran parking sebab di sini untuk 3 jam pertama jika kita membeli barang dengan harga sebanyak RM5 keatas. Selepas 3 jam kena bayar tapi tak mahal pun. 

Lagi satu tempat parking pun luas dan banyak kotak-kotak parking yang disediakan. Kalau pergi weekend pun tidak risau dengan kekurangan parking dan masih senang nak cari tempat parking.


Ada tempat parking khas untuk ibubapa dan kanak-kanak dan juga tempat orang kurang upaya.
 
 Berbagai pilihan bermacam barangan
Kualiti setanding dengan harganya
Hebat berbelanja di sinilah tempatnya

Selasa, Oktober 23, 2012

Shopping Untuk Hari Raya Haji Di Tesco Mutiara Damansara

48 hours Sticky Post. Scroll down for the latest entries.

Hari raya haji hampir tiba, dah tentulah kena buat membuat perancangan dan persiapan apa yang perlu di masak untuk dijamah di pagi raya nanti. 
Kalau nak membeli belah  barang keperluan harian, akak suka tempat yang selesa, mesra pengguna dan mempunyai ruang parking yang banyak, kalau boleh nak yang berbumbung sebab kalau hujan tak payahlah nak pakai payung.
 
 Kali ni kami sekeluarga meluangkan masa ke TESCO Extra Mutiara Damansara 
  kerana di sini terdapat banyak pilihan, pelbagai jenama dan produk 


Sekali sekala beli  air berkarbonat tak salahkan..akak beli sebab harganya murah sangat. Susun atur barangan memang menarik..senang nak cari barang keperluan yang di kehendaki
Mak beras dah habis..ok..ambik sekampit.
Teringin pula nak buat agar-agar di pagi raya untuk di makan bersama adik beradik dan anak saudara yang ada di rumah mak.
Anak-anak  suruh buat gak buat kukis dan kek coklat ..ikutkan ajerlah
Tepung pun kena beli gak..boleh buat pelbagai makanan 
untuk di jamah seisi keluarga
Ira dan Firdaus tengah pilih beras basmathi  yang paling bagus sebab kami nak buat gak nasi sedap..tapi tak sure lagi nak buat nasi beraini ataupun nasi minyak...tak per beli dulu.   Bila dah ada stok kat rumah senang nak masak.


 Beli gak kacang tanah..cadang nak buat kuah kacang makan dengan nasi impit.
Kalau masak kuah kacang, akak suka guna resepi yang ini.    
Nanti jangan lupa cuba yer resepi ini
Bahan-bahan:
300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
Dikisar dgn air:

  • 6 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili kering, direndam
  • Segenggam udang kering, direndam
  • Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air
  • 2 sudu besar gula merah
  • 5 sudu besar gula putih
  • 1 susu besar garam
  • Air anggaran 400ml - 500ml
Cara-cara:  
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
 
6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya.
Nak buat kuah kacang, kenalah beli nasi impit segera, selain dari makan dengan kuah kacang, boleh gak di makan dengan rendang dan kuah lodeh.
Bermacam-macam  pilihan rempah-ratus  ada di sini..
Salah satu yang menarik disini adalah kerana susun atur barangan amat kemas, senang di cari kerana setiap rak di bahagikan kepada kategori barangan yang di kehendaki.
Dah lama cari perencah ayam tandoori ini....akhirnya jumpa di Tesco Extra Mutiara Damansara..Akak beli gak perencah nasi Briyani..mesti sedap di makan bersama ayam goreng tandoori.  Kebetulan ada offer beli 1 dapat 1 percuma..Apa lagi mestilah rembat 3-4 paket untuk di bawa pulang.
 
 Bawang mestilah beli sebab masakan tanpa bawang mana sedap kan..
 
Tanda harga yang di pamerkan memang jelas dan besar, kalau tak nak beli yang paket, kita boleh beli bahan masakan yang boleh di timbang sendiri di sini. Senang nak tau berapa banyak yang kita perlukan untuk di guna dalam masakan.
 
Wow murahnya...mana nak dapat dengan harga sebegini di tempat lain 
 
Jangan lupa timbang  sebab nak letak tanda harga..nanti senang masa nak buat bayaran.  Walaupun orang ramai tapi  servicenya memang tip top.  Tak payah nak beratur panjang sebab ada 4 kaunter di sediakan.  

Bila kita tak jumpa apa yang di cari, kita boleh  tanya dengan staff di sini.  Mereka sudi tunjukkan di mana barang tersebut..bestkan macam tu
Lepas beli barang-barang kering, kami ke bahagian barangan mentah pula.  
Ira pilih kepak ayam sebab nanti bolehlah  buat kepak ayam  goreng tandoori untuk di makan bersama nasi sedap.
Sementara anak-anak pilih ayam...akak sibuk cari daging nak buat rendang. 
 Mak...belilah daging kerbau ni...boleh buat rendang 
Seronok dapat beli daging kerbau dengan harga murah sebegini..
yang penting Halal
Selain dari beli daging kerbau, akak beli juga daging lembu ..ingat nak masak kari daging.  
 
Segarnya daging yang di jual di sini.  Oh yer...kat sini kita  boleh suruh mereka potong daging ikut saiz yang akak kehendaki..cam nak masak steak, rendang ataupun daging masak kicap.  Tetap murah..tetap segar..
 
  Abang...suruh mak beli peha kambing....
 
 apa agaknya di rebut oleh mereka ni??? Ikan siakap ker?
 
Ooooo mereka sedang berebut pilih udang besar rupanya...masing-masing berebut-rebut nak ambik udang besar ni sebab harganya yang murah.  
Fuhhh  nasib baiklah  ada Ira yang tolong pilih sekali...wah bolehlah  makan sambal tumis udang dengan petai di pagi raya nanti
Wah murahnya harga daging kali ni..berbaloi-baloi jika membelinya..setiap kali 
ke TESCO Extra Mutiara Damansara ada sajer potongan harga yang di tawarkan
Pelbagai jenis makanan laut juga ada di sini seperti ikan, sotong 
dan pelbagai makanan import dari luar negara
Amboiiii anak akak ni...pantang nampak harga murah, terus beli
 Nak cari bahan organik pun senang..semuanya di letakkan pada satu rak
Barangan yang di pamerkan di TESCO Finest ada 
bermacam-macam jenama dan harga
Bila anak-anak tenguk papan tanda ni..dorang pun sibuk pilih jajan...
macam kanak-kanak riang
Check dulu semua barang untuk persiapan hari raya haji....Erhmm dah lengkap rasanya..tak lupa gak beli barangan keperluan rumah.
Marilah berbelanja di TESCO Extra Mutiara Damansara  bila-bila masa kerana di buka setiap hari.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...