Durian Crepe yang sekarang ni menjadi fenomena di negara kita. Nak buat taklah susah sangat ..kena ada Vitamin R ajer. Akak beli durian hari Isnin tapi buat semalam..masukkan dalam bekas pastu baru vitamin R tumbuh. Bila dah rajin buat malam sambil layan OGG pun leh buat...ingat nak buat warna kuning tapi tersalah letak pewarna orenlah pulak.
Dulu akak pernah buat dan gunakan resepi yang INI...kali ni akak guna resepi dari member blog fizanordin
Bahan-bahan
250 gm tepung gandum
1 sudu kecil tepung ubi
1 sudu besar butter di cairkan ~ fungsinye akan menjadikan lempeng berkilat dan tidak melekat di kuali dan tidak perlu di sapu minyak pada kuali non stick.
2 sudu besar gula halus @ castor
1 sudu besar butter di cairkan ~ fungsinye akan menjadikan lempeng berkilat dan tidak melekat di kuali dan tidak perlu di sapu minyak pada kuali non stick.
2 sudu besar gula halus @ castor
2 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau-akak guna warna oren
Akak tambah : sedikit esen vanilla
Cara Membuatnya
Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis
Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali- (akak tak letak minyak pun)
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di balikkan
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.
Durian Filling
By: Nia Kurniasih
Rujukan : Hesti
Bahan-bahan
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya
Cara-caranya
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit.
Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Bila dah siap sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam baru boleh di santap.
bubuh whipping cream kat tengah
buh durian
Buh lagi whipping cream dan pastu lipat macam bantal
Bila dah siap sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam baru boleh di santap.
wow ! takterbayang rase durian crepe ni hehe
BalasPadamAssalamualaikum Kak Ina
BalasPadambila ada durian...tentu sedap
eh ..tak pernah tahu pun ini makanan
BalasPadamDekat sini baru dapat resepi. Kalau tidak hanya dapat lihat produk sahaja.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamkak ina wat je???mcm sedap je kak.akk iman meme ske giler creepe 2.iman rasa mcm dh thunderstorm creepe la
BalasPadamtq kak ina . step by step baru faham.
BalasPadamSALAM KAK INA..
BalasPadambetul arr kak..mmg sna sni org citer pasal durian crepe ni..ooo..takdelah susah sgt ekk nak buat..mntk izin ambil resepi ekk..nak try jugak ni..hehe...
amboii...akak pun tak ketinggalan yer
BalasPadamdah lame teringin ni
BalasPadam:)
waa kak ina, bestnya!, kecur air liur ummi ni.
BalasPadamnyam3 sedapnya, nak try lah ;)
BalasPadambaru rase sekali...teringin lagi sbb x puas.. haishhh... jeles kak ina rajin n pandai buatt.. huhuhu
BalasPadamcrepe dh jd fenomena dh,,n satu gigitan msti nk lagi n lagi,haha baru try tdi,,memg maveles
BalasPadamsaye pling suke cmpedak crepe=)