OOO

Isnin, Januari 21, 2013

Muzium Time Tunnel Brinchang Cameron Highland

Assalammualaikum semua

Bila tak ada orang kat umah barulah akak boleh tenguk macam-macam..kalau hari sabtu dan ahad memanglah payah sikit sebab semua nak guna pc dan laptop..kasi can kat doranglah pulak ...akak dapat pegang 5 hari pun dah bagus.  Kalau waktu cuti akak cuma dapat update blog pun dah bagus.




Tak habis lagi cerita ceriti pasal gi Tanah Tinggi Cameron, Pahang Darul Makmur.  
 
Selain dari terkenal dengan  dengan ladang strawberi dan teh, di Cameron Highland  juga turut menyimpan pelbagai keunikan lain yang boleh menarik kunjungan pelancong yang bercuti ke sini.
Kita boleh petik sendiri buah strawberi ...tapi bila anak-anak tenguk tempat ni curam dan kena pulak menapak turun tangga semua tak jadi pegi.  Kalau akak lagilah tak larat.
 
Kat sini juga ada Muzium Time Tunnel atau dikenali juga sebagai terowong masa yang terletak di Brinchang, Tanah Tinggi Cameron. Muzium Time Tunnel telah ditubuhkan pada Januari 2007, berkeluasan 18.58 meter persegi dan menempatkan lebih 1,000 artifak dan barangan lama untuk tatapan para pengunjung. 

Menariknya, pengunjung dibenarkan merakamkan gambar artifak-artifak yang dipamerkan di Muzium Time Tunnel tanpa dikenakan sebarang bayaran.
 
Menurut pemilik Muzium Time Tunnel, See Kok Suen, muzium itu dibina bermodalkan kira-kira RM20,000 sahaja. Kebanyakan artifak yang terdapat di situ adalah koleksi peribadi beliau yang sejak 15 tahun yang lalu. Malah ada juga koleksi yang terdapat di situ berupa hadiah daripada rakan-rakan selain dibeli sendiri dengan harga tidak lebih RM100.00. 

Bahan-bahan yang dipamerkan di Muzium Time Tunnel mampu membawa para pengunjung mengimbau kembali ke zaman era 1950-an melalui paparan peralatan lama yang terdapat di situ.

Muzium Time Tunnel di buka setiap hari dari pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang dengan bayaran RM5.00 seorang untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak

Sumber : SINI
Sayangnya semua anak-anak termasuk hb tak nak teman akak masuk ke situ...akak ajer yang minat barangan lama..dorang ni tak sukalah pulak...sedihnya...mereka lebih rela ajak makan buah strawberi manis ajerk kat sini.

Kenyang ashik makan strawberi ajer kat Cameron Highland..dah tentulah kan sebab kat sini buahnya manis dan segar..kalau kat bawah ni rasanya masam kannn.
 

4 ulasan:

  1. insyAllah lain kali nak pg,waktu cuti ramai org

    BalasPadam
  2. saya pun minat kak. tapi itulah semua orang tak nak masuk. saya sorang2 je. so saya cancel untuk masuk. mesti best kan kak.

    BalasPadam
  3. saya dah dua kali masuk kak..anak-anak seronok sebab diorang kata benda-benda tu semua pelik..maklumlah benda lama diorang tak pernah nampak

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...