OOO

Selasa, Januari 22, 2013

Sinopsis Novel 'Sehangat Asmara - Aisya Sofea' - Di Tayangkan Di Astro Mustika (134)


Baru habis tonton Sehangat Asmara di Mustika HD (134).  Akak pernah baca novel ni lama dah...akak pinjam kat Perpustakaan Negara di Jalan Tun Razak.  
Karya dari Aisya Sofea memang meruntun kalbu..akak memang minat dengan karya beliau. Bila baca novel beliau  memang tak sabar nak menghabiskan novel beliau.  Kalau dalam novel  Zainal Arief dan Kamilia Najwa bernikah di UK tapi dalam drama ni rasanya mereka bernikah di Sydney Australia.  Erhmm kena tenguk betul ker idak ..


Akak ada beli beberapa novel dan dapatkan tandatangan beliau sebab pergi masa Pesta Buku di PWTC.
Adi Putra dan Rita Rudaini yang memegang watak utama ( sebagai Zainal Arief dan Kamilia Najwa ) pelakon lain yang menjayakan drama ini ialah  Shahz Jazle sebagai Azman Dato Razali , Adik Nur Fureena Ezlin sebagai Misya ( anak Kamilia dan Zainal arief)  Dian P Ramlee sebagai ibu Kay ( Kamilia Najwa).





" Bibir tidak perlu berkata bila hati sudah mula bersuara "


Cinta pandang pertama antara Kamilia Najwa dengan Zainal Arief membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Perkahwinan tanpa restu apabila ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka. Demi cinta mereka bersatu jua.


Namun kepulangan Zainal Arief ke tanahair tanpa kembali membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang keseorangan. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal Arief.


Kamilia di bawa pulang oleh orang tuanya. Dalam keadaan fikiran yang tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia di sampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal Zainal Arief.


Pertemuan pertama selepas 9 tahun mereka berpisah..lidah kelu untuk berkata pada mulanya

9 tahun sudah berlalu. Kemunculan Zainal Arief meragut ketenangan hidupnya semula. Kamilia tahu Zainal Arief pasti mahukan kepastian tentang Misya yang disembunyikan dari pengetahuan lelaki itu. 

Puas Kamilia bertanya sebab dan alasan Zainal Arief meninggalkannya dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal Arief.


Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya, Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu. Dia merasakan Zainal Arief merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya.


Zainal Arief melamarnya buat kali kedua. Buntu dan binggung fikirannya. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun, Azman begitu memahami Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.


Mereka bersatu kembali. Namun dalam hati Kamilia masih ada syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali. Puas di tanya alasan Zainal Arief meninggalkannya dahulu, namun Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu. 


Diyakini Kamilia yang cintanya tidak pernah berubah dari dahulu hingga kini. Hanya Kamilia di hatinya dan ditambah dengan kehadiran Misya sebagai penguat kasih sayangnya pada wanita itu.

Akhirnya, kebenaran terungkai jua. Rupanya ayahnya sendiri yang membuat onar. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka.


Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya meskipun ayahnya telah menyesal dengan perbuatannya dan mahukan Zainal Arief dan Kamilia bersatu semua. Dialah yang merancang pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca mengenainya dan mencari Misya.


Zainal Arief begitu marahkan Kamilia kerana memarahi ayahnya. Pada Zainal Arief biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan ayah Kamilia itu sebagai anak Kamilia tidak berhak memarahi ayah kandungnya sendiri. Kamalia yang terasa hati dengan kata-kata Zainal Arief terus melarikan diri ke kampung mertuanya.


Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal Arief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. 


Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar menerangi kehidupan mereka.
 
Sumber : aznanie

 Wah panjang lebar betul penulis ni tulis pasal sipnosis novel Sehangat Asmara


 p/s Memang best tenguk episod pertama cam gak drama Adam Dan Hawa yang telah pun berakhir....tak sabar nak tenguk lakonan hebat dari Rita Rudaini  (suka tenguk Rita pakai tudung pink ni..ala comeiiii..comeiii )dan Adi Putra...jangan meleret-leret cam drama Adam dan Hawa udahlah.

2 ulasan:

  1. best2,sesuai sgt kan kak?


    akak,follow x FB sehangat asmara?

    BalasPadam
  2. baca novel die memang syiok sangat, rase relate sangat dengan 2 watak utama tu. harap yg drama nya pun menjadi jugak.

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/tips-langsing-selepas-bersalin-khas-ibu.html

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...