Assalammualaikum
Cuti yang panjang ni selalunya membuatkan jalan keluar dari Kuala Lumpur jem teruk dari malam tadi. Suami akak mengambil masa 1 jam lebih nak sampai rumah yang selalunya mengambil masa 20 - 25 minit. Tulah sebab malas nak gi jejalan pada musim cuti panjang macamni. Esok baru akak gerak ke selatan kerana gi kenduri kawan. Harap-harap esok taklah terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
Dah selalu akak buat kambing panggang ni ...kat umah kalau buat selalunya akak buatkan 2 keping sorang. Kalau semua ada kat rumah kenalah buat banyak. Akak jarang bakar atas bara arang tapi selalu masak dalam oven ataupun non stick pan. Kalau beli mesti ada lemak kat tepi daging ni..
Resepi ni untuk 2 keping..kalau buat sampai 12 keping, anda kenalah gandakan yer..kadang-kadang akak pakai agak-agak ajer.
Salad buah akak guna lady choice ajer..cuma tuang dan sejukkan bersama-sama macam-macam buah.
Selain tu kena gak goreng ubi kentang, garlic bread dan panaskan sup campbell..barulah semua rasa kenyang.
Cuti yang panjang ni selalunya membuatkan jalan keluar dari Kuala Lumpur jem teruk dari malam tadi. Suami akak mengambil masa 1 jam lebih nak sampai rumah yang selalunya mengambil masa 20 - 25 minit. Tulah sebab malas nak gi jejalan pada musim cuti panjang macamni. Esok baru akak gerak ke selatan kerana gi kenduri kawan. Harap-harap esok taklah terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
Dah selalu akak buat kambing panggang ni ...kat umah kalau buat selalunya akak buatkan 2 keping sorang. Kalau semua ada kat rumah kenalah buat banyak. Akak jarang bakar atas bara arang tapi selalu masak dalam oven ataupun non stick pan. Kalau beli mesti ada lemak kat tepi daging ni..
Resepi ni untuk 2 keping..kalau buat sampai 12 keping, anda kenalah gandakan yer..kadang-kadang akak pakai agak-agak ajer.
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping bahu kambing (lamb chop)
- 1 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu teh serbuk cili
- ½ sudu teh mixed herbs
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh madu lebah asli atau gula
- 1 biji bawang putih- dicincang halus
- Minyak zaitun secukupnya
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan perapan bersama kambing dan gaulkan hingga rata.
2. Kemudian biarkan diperap 4 jam dalam peti sejuk ataupun sekurang-kurang 1 jam di dalam peti sejuk.
3. Panaskan non stick pan dengan sedikit minyak zaitun dan letakan kepingan daging..perlahankan api. Selepas 10-15 minit (ikut ketebalan steak) balikkan dan tunggu sehingga masak.
4. Angkat dan hidangkan.
Kalau nak panggang dalam oven pun boleh..guna suhu 200 selama 35-40 minit.
Bahan-bahan untuk sos lada hitam
Bahan-bahan
- 2 cawan stok ayam@daging - akak gune stok ayam (air+kiub ayam)
- 1/2 cawan susu segar atau susu cair
- serbuk lada hitam-agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
- 2cm batang salery - cincang
- 1/2 biji bawang besar - cincang
- 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu mentega/ marjerin
- 2 sudu besar tpg gandum - bancuh dengan air
- garam dan gula - jika perlu
Cara-cara
1. Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery. Didihkan.
2. Kemudian tapis. (kali ni akak tinggalkan bawang tu cuma buang daun salery ajer)didihkan semula..
3. Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
4. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
5. Boleh lah dicurahkan ke atas kambing panggang tadi.Salad buah akak guna lady choice ajer..cuma tuang dan sejukkan bersama-sama macam-macam buah.
Selain tu kena gak goreng ubi kentang, garlic bread dan panaskan sup campbell..barulah semua rasa kenyang.
sedap nyaa
BalasPadamkalau pakai arang kena la out door kan kak
memang aa..tapi lagi sedap kan pia
Padamsalam sis
BalasPadamTa dah tukar gambr pd profil blogger.harap maklum
Assalamualaikum Kak Ina
BalasPadamkegemaran saya ni....
mualaikumsalam atuk
Padamsedapkan..kegemaran satu keluarga gak ni atuk
Keluar air liur . Phewwww
BalasPadamsalam
BalasPadammeroket naik colestrol dibadan mengecut arteri di jantung...
fikri
mualaikumsalam
Padamala bukan makan setiap hari pun..sekali sekali ajerk
sdpnyer kambing panggang..kalo dpt nih mmg xpndang kiri kanan dah..xingt org blkg..hahaha
BalasPadamSedapppppnya :D
BalasPadamwaaa sedap nyer... bila fiq bleh mkn kambing panggang cmni lg? huhu...
BalasPadam