OOO

Isnin, Februari 25, 2013

Resepi Daging Bumbu Bali

Assalammualaikum semua
Lagi beberapa hari contest yang akak anjurkan akan berakhir.  Alhamdulliah ramai gak yang join dan terima kasih akak ucapkan kepada blogger yang sudi sponsor.

Sape yang belum join ada masa lagi..kalau nak tenguk N3 mereka yang join bolehlah ke SINI. Sebenarnya rugi tau tak join sebab bila anda join, pengunjung yang ke blog akak akan gi jenguk ke blog anda..dah tentu ada trafik kan.

Dulu dan sekarang akak memang rajin join contest tak kiralah apa hadiahnya janji akak boleh promosi blog akak. Tulah salah satu tips kita nak bagi orang kenal blog kita selain dari rajin mengomen di blog yang fofolor.
 
Daging Bumbu Bali ni memang enak gak di makan dengan nasi sedap.

Bahan:

500 gm daging lembu empuk, potong lebar
500gm  santan atau 1½  cawan santan
3 biji cili merah, hiris serong kasar
5 helai daun limau purut
1 helai daun salam
2 sudu makan kicap manis 
½ biji  bawang bombay/bawang merah , dadu kecil
1 keping asam keping
garam secukupnya 
3-4 sudu makan minyak, untuk menumis

Bahan Kisar
5 biji cili merah
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 biji buah keras
1 sudu teh belacan  
1 sudu teh gula melaka-hiris halus
 
Cara-cara:-
1.  Panaskan minyak dan tumis bawang bombay sampai harum. 
2.  Masukkan bahan kisar, daun limau purut, daun salam, kicap manis dan cili merah dan tumis layu. 
3.  Masukkan daging dan biarkan sehingga ½ masak.
4.  Tuangkan santan. Masak sampai daging empuk
5.  Masuk garam dan asam keping dan biarkan sebentar.
6.  Setelah cukup rasa boleh di angkat dan di hidangkan.

13 ulasan:

  1. lapar la pulak bila tgok daiging tu kak! ngeee

    BalasPadam
  2. akak kat mana nak carik daum salam...nampak sedap sangat respi akak ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat pasar chow kit ataupun pasar keramat ada jual yang fresh
      yang kering ada jual di mydin

      Padam
    2. lupa lak..kat pasar tani kdg kdg ada gak ayu..kat bahagian sayur kg

      Padam
  3. Pernah makan kari kari di Bali..memang rempah depa rasa lain sikit. Tapi dah lapor..makan juga!! kekekeke

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kakina...sedapnya resepi ni...:)

    BalasPadam
  5. nampak macam sedap aje. bak sikit kak. hantar ke banting, leh??

    BalasPadam
  6. ni kalau buat cecah roti canai pun, boleh menjilat jari dibuatnya.

    BalasPadam
  7. sedap nama resepi kak ina ne.. nak try test la nti

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...