OOO

Khamis, April 11, 2013

Percutian Ke Legoland (Part 2)

Assalammualaikum 

Puas betul anak-anak dan suami sebab dapat main permainan berulang kali kat Lego technic dan tempat yang lain...sebab orang tak ramai...N3 kat Legoland Part 1.
Barulah kami gi tenguk Miniland ...bukan sajer kanak-kanak yang kagum melihat miniland ni..orang dewasa pun ralit melihat pelbagai rekaan bentuk binaan yang diperbuat daripada lego..memang kreatif tul. 

Miniland merupakan tarikan utama di Legoland .. dalam satu hari kita boleh melawat pelbagai negara dan mercu tanda yang terdapat  di Malaysia dan di Asia yang dibina dengan menggunakan blok-blok Lego.
 Bukan mudah nak menyiapkan semua replika ini..ada yang mengambil masa berbulan-bulan dan ada yang mengambil masa bertahun...fuhhhh...patutlah hasilnya mengkagumkan.
Antara bangunan mercu tanda yang terdapat di Miniland termasuklah menara berkembar KLCC, Menara KL, bangunan-bangunan di Putrajaya, bangunan-bangunan di sekitar Johor Bahru, mercu tanda setiap negara Asia seperti Tanah Lot, Indonesia, Angkor Watt, Masjid di Brunei, bangunan Thailand, tembok besar China, bandar koboi dan pangkalan lanun, pelabuhan, Merlion di Singapura dan sebagainya.
 memang kreatif
 Seronok bila tenguk boat berjalan dalam air..
 cantik bukan
Replika bangunan yang ada di  LEGOLAND MALAYSIA adalah ciptaan anak muda Malaysia..chayalahhhhhh
 Panas terik sungguh masa ni...berpeluh dibuatnya..kalau ada anak kecik memang tak selesa bila berjalan kat Miniland ni..
 KL Tower..
Eric Hunter yang juga ketua jurubina untuk projek tersebut, pasukannya telah berkunjung ke Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur untuk mengkaji pembinaan dan struktur bangunan tersebut sebelum mereka buat replika ini.
seronok tul tenguk ..seolah olah kita ada kat KLCC
Replika Tanah Lot kat Bali..dekat nak sama


 Angkor Wat
 Boleh ralit dibuatnya bila tenguk setiap replika..
Nak gak..rugi kalau tak ambik gambar buat kenangan..entah bila dapat datang lagi..kalau nak letak gambar semua replika memang payahlah.  Lebih baik gi datang tenguk sendiri lagi layannnnnn
Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..................hujan dah turun...kalau gi ke sini baik bawak  payung/baju hujan sendiri. Tengah panas terik tiba-tiba hujan turunlah pulak.  Kelam kabut kami semua cari tempat berteduh.  Kalau beli kat sini..mahal berdentum tau.

Jangan risau ..kalau hujan ada tempat berteduh.  

Nantikan sambungannya yer :)


7 ulasan:

  1. legoland ni mmg comel cuma tiket dia mahal sikit la, saper yg duk dekat ngn johor untung laa dapat beli pass annual punya...hehehe.. jaa pun insyaALLAH tahun depan nak gi sana kot. :)

    BalasPadam
  2. Menarik replika ikon-ikon dan tempat menarik di dunia tu. Belum berkesempatan lagi nak pergi Legoland tu.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum kakina....wah dah samapai ke Legoland yer...mcm mana seronokkan dpt masuk ke sana...mmg kalau ke sana mmg kena ada payung senang nanti bila hujan n panas...:)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Kak Ina

    gambar ni nampak macam betul2 la....

    BalasPadam
  5. wah betsnya!!! teringin nak pergi!!!^^

    BalasPadam
  6. Nampak seronok! hehe. Tak tahu bila dapat pergi. :')

    BalasPadam
  7. tak pernah lagi gi Legoland...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...