Setelah buat artroskopi lutut belah kanan tahun lepas, akhirnya kena juga buat belah kiri kerana mengalami masalah yang sama. Benda ni ashik di tangguh..tangguh sebab ada saja urusan yang perlu dibereskan..satu lagi rasa takut ..mengenangkan pengalaman yang lalu.
Sama ajer cam dulu cuma kali ni buat belah petang..muntah 3 kali walaupun lepas 3 jam keluar dari bilik bedah. Pakar bius Dato' Dr Azhar kata..kalau kita memang mabuk kalau naik kereta, bas ataupun kapal terbang memang akan terjadi perkara camni. Akak memang camtu..kalau travel memang selalu mabuk.
Satu lagi yang paling tak tahan sebab kena tahan nak buang air kecil..aduhai rasa seksanya bila kena tahan berjam-jam..walaupun boleh buang air atas katil ataupun guna pamper...tapi rasa tak selesa. Bila dah rasa kurang pening, dengan pertolongan suami akak tekad nak gi tandas guna kerusi roda. Legaaaaaaaanyaa
Hari ni baru boleh makan setelah berpuasa dari pukul 7.00 pagi semalam...barulah terasa betapa syukurnya dapat menikmati makanan setelah berpuasa sehari semalam.
Oleh kerana akak dah pernah mengalami situasi sebegini kuranglah sikit gementarnya walaupun begitu rasa takut memang ada terutama memikirkan keadaan selepas di bius.
Akak masuk ke OT dalam pukul 5.30 petang, pakar bius membaca doa dan mula mencucuk urat di tangan kanan dan akak diminta mengucap 2 kalimah berulangkali, tangan sebelah kanan di letak di atas dada..akhirnya akak tak sedarkan diri. Selepas tu Dato' Dr Wahab memulakan tugasnya pula.
Bila keluar dari OT, dah maghrib ..wah agak lama gak kat dalam. Bila dalam wad, doktor pakar kata ada 3 kerosakan di lutut akak. Paling tak tahan bila terdengar pesakit di sebelah muntah membuatkan tekak akak loya...dahlah bila buka mata, kepala terasa berpinar-pinar.
Selepas azan isyak baru di hantar semula kebilik, kepala mula berpinar-pinar ..baru sampai pintu bilik akhirnya terkeluar juga isi perut..cuma air sahaja.
Tak boleh gak makan sehingga pukul 12.00 malam...cuma boleh minum air 100 plus dan sekeping roti ...walaupun perut kelaparan. Akhirnya setelah berpuasa dari pagi Selasa jam 7.00 pagi..pada pagi hari Rabu baru boleh makan seperti biasa...syukur alhamdulliah...terasa sungguh nikmatnya walaupun cuma makan bihun goreng dan secawan nescafe.
Selepas tu baru diletak ais, bermulalah ke mana-mana terpaksa menggunakan kerusi roda dengan pertolongan nurse di sini. Kemudian barulah mula buat fisio sehari 2 kali.
Pengalaman sebegini memang memberi keinsafan kepada diri sendiri..rasanya ada lagi yang lebih teruk dari akak.redha ajerlah bila allah swt memberi dugaan sebegini....doakan agar akak cepat sembuh yer.
Kalau nak tau lebih lanjut camner doc buat bolehlah ke SINI
salam K.Ina...Atie doakn semoga akak cepat sembuh ya.Aamiin
BalasPadamsemoga cepat sembuh.
BalasPadamksian akak, semoga cpt sembuh kak..
BalasPadamsalam akak.sy doakan moga akak cepat sembuh ya
BalasPadamsbr kak ye..dugaan..sy doakan hanya yg terbaik untuk akak
BalasPadamget well soon kak ina...
BalasPadamamin amin amin
BalasPadamterima kasih semua
semoga cepat sembuh...
BalasPadamdikurniakan rahmat Allah untuk cepat pulih...
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
semoga akak cepat2 sembuh...take care kak...
BalasPadamsemoga cepat sembuh dan leh makan cendol lagi.
BalasPadamsemoga cepat sembuh kak ina. padan lah saya doc asyik tanya nak rasa termuntah tak masa operation beranak tp x rasa pun sebab sy jenis x muntah naik kereta kapal terbang dan tak kapal tak terbang :p
BalasPadamsemoga cepat sembuh kak....ye ke? saya naik kapal terbang keter semua ok tapi bila kena tang bius...muntah je lah kerja
BalasPadam