Assalammualaikum
Kadang-kadang buntuk nak masak sotong..kita masak yang cepat dan mudah udahlah ek
Bahan-bahan:
300gm sotong basah- bersihkan dan dipotong bulat
3 ulas bawang putih -ditumbuk
sedikit halia-tumbuk
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1-2 biji cili merah-potong serong
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukupnya
Sedikit minyak
Cara penyediaan:
1. Lumur sotong dengan serbuk kunyit dan sedikit garam selepas di potong bulat, bersih dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sotong, hirisan bawang besar, potong cili merah dan kacau sebati.
4. Rasa dulu sebelum di angkat..kalau tawar masuk sedikit lagi garam. Kena masak sekejap ajer takut nanti sotong jadi getah sekeraplah pulak.
sotong mmg feberet sop
BalasPadammasak apa pun sedap :)
saya tak pernah pun tumis bawang putih tu main lebur ajer sotong yang dah dikunyitkan :p dan mesti nak tambah kacang pjg atau kacang buncis :)
BalasPadamSedapnyaa kak.... menjejeh ayag liog Ummi.... :)
BalasPadamSEDAP DAN MENYELERAKAN . . .
BalasPadamHmmmm..... menarik dan cukup mengiorkan...... cuma saya suka klu cili nya lebih .
BalasPadam