OOO

Jumaat, Mei 10, 2013

Terima Kasih Anakku Imran Anak Bongsu Aka Anak Bontot

Terima kasih anakku Imran..memang terasa di hargai 
Imran..walaupun mak tak mengharapkannya..rasa sayu dan gembira bila ada anak yang kecil  masih ingatkan mak  :)

Bila terkenang kenangan lalu...
anak pertama, kedua, ketiga dan keempat... saat membesarkan mereka memang memerlukan kesabaran yang tinggi di sebabkan umur yang masih muda.  

Kadang-kadang kelakuan mereka menaikkan darah..tangan cepat ajer nak merotan dan tekak ashiklah nak menjerit..cam tarzan (suami akak yang kata) tetapi bila anak yang kelima aka anak buntut lain pula rasanya.

Mungkin umur yang telah meningkat membuatkan akak banyak bersabar bila melayan kerenah Imran.  Memang ramai yang kata anak bongsu ni memang mak dan ayah manjakan secara berlebihan ..erhmm..tak taulah nak kata camner ek..

Mungkin disebabkan kita tak lagi sibuk menguruskan anak-anak yang telah meningkat remaja membuatkan banyak masa boleh di luangkan bersama anak bongsu ni.  Kewangan pun dah stabil dan tak banyak lagi nak memikir bayar itu dan ini.  

Tapi anak-anak tak boleh di manjakan sangat dengan wang ringgit..kalau anak-anak berjaya kami berdua akan tunaikan apa yang di janjikan.

Akak berdoa semuga anak-anak akak berjaya menjadi insan yang berguna dan tidak melakukan perkara yang di larang oleh agama.

Marilah kita amalkan doa-doa yang boleh di amalkan ..semuga kita semua akan mendapat anak-anak yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat. 

Kredit :  Cik Linn

a) Baca Fatihah (1 kali)


b) Baca Ayat Kursi (1 kali)



c) Baca Surah al-Insyirah (1 kali)





d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali)ayat



Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.

atau

Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

atau
Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”



Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.



INFO: Tip untuk ibu bapa

  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

  • 1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  • 2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  • 3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  • 4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  • 5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  • 6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
Akak memang mengamalkan pemakanan sebegini untuk anak-anak terutama ketika mereka masih bersekolah.   Syukur alhamdulliah apa yang di amalkan menampakkan kesannya sekarang.

15 ulasan:

  1. Salam kak ina..

    Alhamdulillah, sejuk perut ibu mengandung.

    BalasPadam
  2. bestnyaaa jadi anak bongsu...;-)

    BalasPadam
  3. terima kasih kak atas perkongsiannya..boleh diamalkan dan pemakanan makanan yang dinyatakan itu memang bagus.

    BalasPadam
  4. Semoga anak-anak menjadi anak yang sholeh sholehah aamiin...aamiin

    BalasPadam
  5. happy mother's day kak ina... moga satu hari nanti saya pon merasa jugak jd ibu. doakan sama ye!

    BalasPadam
  6. sweetnya imran... betul kak..kadang kita rasa penat dan byk mikir pastu dengan perangai anak2 yg buat naik darah lagi..tp bila dah tenang mulalah rasa nyesal je

    BalasPadam
  7. SELAMAT HARI IBU KAK INA..

    Ibu2 mmg mcm tu kn, bila ditnye jgn hrp dia akn ckp dia nkkan sesuatu..atinye penuh misteri..kdg2 bimbang ank2nya akn ada mslh kewangan ke n sbagainya..sdgkn adiah2 ni tidak ada tolak banding hrganya pn dgn kekuatan, kesabaran, ksh ksyg n pengorbanan seorg ibu..

    lov skee tgok akak, ank2 berjaya..ank2 insyallah baik2 semua.. doakan lov jua bgitu suatu msa nti..

    selamat ari ibu jugak pd semua ibu2 dimuka bumi ni.. <3 ^^

    BalasPadam
  8. assalam kak ina.

    mmg biasa kan kak begitu, yg bongsu lebih di manjakan. namun berkat doa ibu bapa, insyallah semua anak2 tetap menjadi anak yg berguna kan kak.

    BalasPadam
  9. aminn,, itulahhhh yang semua orang2 harapkan untuk bisa mendapatkan anak yang soleh

    BalasPadam
  10. tenkiu kongsi tip kak..boleh sy amik contoh dr kak ina gk ni..

    BalasPadam
  11. assalamualaikum k.Ina sayang
    lama tak singgah sini.
    rinduu.

    thanks bkongsi ilmiah..
    ayu pun amalkan
    mudahan anak2 mjadi anak y soleh

    BalasPadam
  12. ASSALAMUALAIUM KAK INA.... TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN YANG BAIK...

    BalasPadam
  13. assalamualaikum kakina...perkongsian yg baik...;)

    BalasPadam
  14. Kakinakl,saya singgah ke mari. Banyak yang bagus dan menarik di blog ni. Selamat berhujung minggu.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...