OOO

Jumaat, Julai 26, 2013

Resepi Puding Karamel Soya

Salam ramadan buat semua


Banyak kali dah akak buat puding karamel sedap, puding caramel mudah, puding karamel Ira buat, puding karamel cheese dan puding karamel tanpa telur.  Kali ni cuba buat pula puding karamel soya..wow lagi sedap aa dari  puding karamel biasa yang akak buat tu.  Akak ambil dari myresepi dari kakbesah

Bahan-bahan A
  • 2 cawan  air soya.
  • 3 biji telur grade B
  • 2 sudu teh tepung kastad
  • 1 sudu makan besar gula pasir
  • secubit garam
utk karamel/gula hangus:
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air

Cara-cara

  1.  Masak gula pasir dalam periuk/kuali dengan  api sederhana sehingga perang dan cair, kacau selalu supaya gula tidak hangus.
  2. Bila gula dah cair, masukkan perlahan-lahan dari tepi periuk  1/2 cawan air dan kacau sebati.
  3. Masak sebentar dan sejukkan.  Masukkan karamel ke dalam 4-5 biji ramekin.
  4. Masukkan semua bahan  A kedalam bekas yang sesuai dan kacau sehingga sebati dengan menggunakan whisk sahaja.
  5. Pastikan semua bahan larut, tapis dan tuang dalam bekas ramekin dan kukus dalam 15 minit.
  6. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk,  terbalikkan dan bolehlah di hidangkan.

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum. sodapnyaaaa! sheila nak try juga. heeeeeeee :)

    BalasPadam
  2. Nampak mudah...bila tah nak try.

    BalasPadam
  3. Ermmmm akak sedap nyer nnt leh cuba buat lah ek thanks kak Ina :D..

    BalasPadam
  4. menarikla puding soya ni. tak pernah rasa...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...