Khamis, November 25, 2010

Resepi Puding Caramel


Ira buat puding caramel ni. Dah lama dah sebelum cuti sekolah. Katanya nak jamu member satu dorm. Oleh sebab dalam loyang dah penuh akak suruh dia tuang dalam bekas remekin yang dapat harijadi tahun lepas.
Dapat 4 bekas rasanya. Lepas tu masuk peti ais. Akak pun lepaklah aka tidur. Bila bangun dari tidur terkezut tenguk tinggal satu ajer. Bila tanya budak 3 orang tu..masing-masing mengaku makan sorang satu. Nasib baik ada satu lagi dan sempat ambil gambar. Kalau idak akak kempunan nak makan puding caramel ni.   

Ada orang komplen kata gambar kat N3 lama banyak yang hilang. Ingatkan nak buka blog baru. Bila tanya dengan Cik min beliau ajar cara nak atasi masalah tersebut. Rupanya kat blogspot memang ada limit nak masukkan gambar. Oleh sebab blog akak ni akak suka letak banyak gambar jadi dah cukup dah space yang blogspot bagi. Tu sebab gambar hilang.

Insyallah selepas ni akak dah tau cara nak mengatasinya. Terima kasih di atas jasa baik Cik min .
Resepi asal dari blog Ummi Kuantan tapi akak ambil dari blog Cik min .

Bahan-Bahan
Bahan untuk puding
6 biji telur
1 tin susu sejat
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla

 
Bahan untuk sos caramel
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air-dalam 2 sudu besar



Cara penyediaan (sos caramel)
Panaskan gula di dalam kuali/periuk hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan. Masukkan air (baik-baik..masa ni panas giler..) dan kacau cepat-cepat dan padam api. Tuang ke dalam loyang/ramekin.


Penyediaan puding
1. Pukul telur dan esen vanilla sehingga kembang.
2. Setelah itu masukkan gula.
3. Kemudian masukkan susu sejat dan air.
4. Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit.
5. Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk.
Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan. Sedia utk dihidangkan..

* Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.
Nota – Kalau nak nampak tebal sikit kukus dlm loyang bulat 7 inci.

19 ulasan:

  1. salam kak

    thanks for the tips :)

    BalasPadam
  2. hehehe...tadi min kol akak..anak bujang kecik tu kata akak tidur.. :P

    nasib baik akak tak larik cari batu belah batu bertangkup kan..hiks.. :P

    ini min tengok akak posted under kak ina kl ..okeh lagi ke tu ?

    BalasPadam
  3. my fav ni..tak pandai nak buat
    nanti nak try lah resepi akak ni

    BalasPadam
  4. Salam kak,

    Wahahaha. ni la benda yang paling saya nak buat tapi tak jumpa resipi. selalu tibai masa hari raya kat umah pensyarah. pasni try...tapi risau tak sempat ngan padel dah sebat dulu. hahaha

    BalasPadam
  5. kak ina...sedapnye puding ni..... feberet..nati akak wt kt untuk sy leh? ekekekke

    BalasPadam
  6. nampak sedap kak...tapi sy malas la pulak...klu masak aje keja..buat makanan aje...ha..badan makin kembang

    BalasPadam
  7. ina..akak nak cuba ye..tak pernah buat lagi i..terima kasih juga pada cik min..

    BalasPadam
  8. nampak simple,tapi menyelerakan..

    BalasPadam
  9. saya pun seronok jumpa akak sampai tak teringat nak amik gambar.takpe kak, kalo berjodoh lagi kita jumpa lagi dan bergambar sakan. kompem penuh gambar akak ada saya ngan padel.hehehe

    BalasPadam
  10. eeee....nyummm nyummm kak inaaa! tp zie nih jenis yg malassss giler nk wat benda alah gnie2.

    haaa pe kata akak kirimkan utk zie yg kat kuching nyau nyau nih...hehe.

    BalasPadam
  11. salam kak ina, dah okay ke?..sabar kak, dunia ni mmg banyak dugaan..akhir2 zaman ni banyak manusia pelik2..

    sy suka sangat makan puding caramel ni cumanya kat sni susah nak cairkan gula sampai perang..kenalah guna gula perang..hehehe

    BalasPadam
  12. uiihh!!
    macam sedap je..
    order je boleh??

    BalasPadam
  13. sedapnya...

    nak kena amik resepi ni kak.. heheh..

    Thanks 4 teh resepi.. ;D

    BalasPadam
  14. sob..sob..sob..kukus tu yang paling malas nak wat

    BalasPadam
  15. Dari dulu cuba buat karamel yg sedap.. tapi belum betul² menjadi seperti kehendak hati.. nak cuba yg nie pulak.. mana tau jadi kan.. :) Thanks kak for the resipi & tips..

    BalasPadam
  16. I just added your blog site to my blogroll, I pray you would give some thought to doing the same.

    BalasPadam
  17. Salam kak...nk tye..esen vanila tu nk letak bila??..heheh..cos xde dlm cara pnyediaan sos ataupun puding??...

    BalasPadam
  18. mualaikumsalam tanpa nama

    lupalah pulak..campur masa pukul telur

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers