OOO

Selasa, Oktober 08, 2013

Muzium Tentera Darat Port Dickson Negeri Sembilan

Assalammualaikum
Bila ke Port Dickson kami singgah di Muzium Tentera Port Dickson di Batu 4, berdekatan dengan Pusat Latihan Asas Tentera Darat(PUSASDA).   Pelbagai khazanah, artifak, koleksi dan peralatan ketenteraan di pamirkan di sini.

Muzium Tentera Darat , terletak di Batu 4, berdekatan dengan Pusat Latihan Asas Tentera Darat. Ianya mudah dikunjungi kerana ianya terletak di jalan susur keluar Lebuhraya Seremban ke Teluk Kemang, kira-kira 7 km dari bandar Port Dickson merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia.
 
Ianya setanding dengan muzium-muzium tentera dari luar negara berdasarkan kelengkapan infrastruktur dan bahan pengisian di dalam muzium ini.
 
Imran memang bervangan nak jadi tentera..mungkin tertarik tenguk cara jalan, peralatan yang canggih yang selalu di pamirkan.  
Bila masuk ke Muzium ini, pengunjung akan teringat tentang perjuangan, keringat, darah dan nyawa serta air mata yang telah mereka curahkan untuk mempertahankan tanahair Malaysia.


Habis Imran terokai  tempat ni...termasuk masuk ke dalam terowong ..sayangnya tak ambil gambar kat dalam tu..akak tak larat nak ikut..janji tunggu kat satu tempat
Jet yang menjadi tumpuan
Ilham untuk menubuhkan Muzium Tentera Darat tercetus sejak tahun 1989 dan pada tahun 1999 Port Dickson telah di pilih untuk lokasi sempena dengan kelahiran Tentera Darat yang perta iaitu pada 1 Mac 1933.

Al fatihah buat arwah yang terkorban mempertahankan negara Malaysia tercinta.
Tapi biras yang pernah kerja tentera tak bagi langsung anak-anak buah menceburinya..tak tau lah kenapa?

Agak-agaknya kenapa ek ?

Tiada Bayaran Masuk Dikenakan  tau..kalau gi mandi laut di port dickson bolehlah gi ajak anak anak ke sini yer.

Alamat : Muzium Tentera Darat Kem Si Rusa, 
71050, Port Dickson, Negeri Sembilan

16 ulasan:

  1. bagus juga tempat ni..boleh bawa anak2 unutk makan angin

    BalasPadam
  2. wah best. mieza pernah datang sane sekali dengan family ^_^

    BalasPadam
  3. tak pernah pergi lagi sana.. harus pergi nanti...

    BalasPadam
  4. Entah bila nak sampai...agaknya cuti sekolah ni boleh bawak anak2 ke sana.

    BalasPadam
  5. Ooh ummi pernah lalu kat sini, tapi tak berkesempatan singgah lagi, insyaAllah next time boleh juga singgah.

    BalasPadam
  6. assalamualaikum kakina...mmg best tempatnya...:)

    BalasPadam
  7. Belum sampai lagi. Melihat kenderaan yang pernah digunakan oleh pihak tentera menarik minat untuk pergi ke sana.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Kak Ina

    tak pernah masuk lagi

    BalasPadam
  9. Plan nak pegi PD cuti sekolah ni, itupun kalau hotel x penuh. Boleh la jg bawa anak2 jln sini.

    BalasPadam
  10. Bestkan kak ina tempat nie...kayrul kalu g PD wajib singgah kat sini....tak pernah jemu..dari zaman dating membawa ke zaman dah ada anak nie memang selalu pergi.....anak2 pun excited tengok kereta kebal kat situ

    BalasPadam
  11. as salam kak ini. pernah sampai ke sini. ayah saya pun tak bagi kami anak2 masuk tentera. mungkin adalah pengalamannya yang abah tak sanggup kalau anak2nya rasa. hehe!

    BalasPadam
  12. Kerajaan negeri sembilan rasanya pun boleh bantu promosikan muzium nie.... selain istana seri menanti

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum kak, dulu pernah masuk sini masa PLKN. hehe. lama tak masuk muzium :(

    BalasPadam
  14. bagusnya tiada bayaran dikenakan. Bagus sebagai pembelajaran kepada anak2 ni.

    BalasPadam
  15. dulu masa anak di PUSASDA semestinya singgah di Muzium, ia dibuka pada hujung minggu sahaja (kalau tak silap),
    aruah ayah seorang tentera dia tak benarkan anaknya masuk tentera, tentu ada sejarah di sebaliknya, takut tak tahan, tapi anak saya penyambung legasi ini.....

    BalasPadam
  16. wah, best tu kalau datang sini. boleh lihat kereta kebal didepan mata...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...