OOO

Rabu, Januari 01, 2014

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

Assalammualaikum

Tentu tengah berehat di petang hari bersama keluarga ataupun tenguk tv ..merehatkan diri selepas penat bekerja dan bagi suri rumah cam akak selepas penat kemas umah dan masak untuk keluarga tercinta.

Jom masak lauk ketam..kali ni akak campurkan dengan daun selasih.  Anak anak tak suka bau daun ni tapi akak sukalah pulak.

Bahan-bahan
4 ekor ketam-potong 2 dan bersihkan
1/2 cawan santan pekat
3-4 cawan santan cair
1 cekak daun selasih
10 -15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai-titik hujung
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit-di siat dan disimpul
garam secukup rasa
 

Bahan-bahan
1.   Tumbuk cili api, kunyit hidup, kunyit serbuk, halia dan sedikit garam sehingga lumat.  (Kalau malas kisar ajer dengan blender :)
2.  Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama bersama serai dan biarkan mendidih baru di masukkan santan cair.  
3.  Kacau selalu dengan api yang kecil.
4.  Bila mendidih masukkan daun kunyit, daun selasih dan asam keping bersama santan pekat serta sedikit garam.
5.  Biarkan masak sehingga 10 minit dengan api perlahan dan bolehlah di padamkan api bila dah rasa cukup rasanya.  Hidangkan dengan nasi panas, ikan masin dan sambal belacan.

11 ulasan:

  1. ala sedapnyeee kak ina uii...

    lama x makan ketam

    BalasPadam
  2. masak lemak ketam memang sedap kak ina, kalau ketam fresh lagi sedap! sini susah nak jumpa yg fresh... hu hu hu

    BalasPadam
  3. Kalau masak lemak ketam nie saya suka campur ngan kicap sikit nasi tu baru berselera nak makan... hehehe

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kakina...sedapnya tengok terliur je...:)

    BalasPadam
  5. Sedapnya k. Ina. Tapi saya x mkan ketam.
    Http://iamtifa.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. Sedapnya. Tambah nasi ni jika dapat makan ketam masak lemak ni..

    BalasPadam
  7. alahai..dah lama x makan masak lemak ketam...kena pi beli jugak ni...

    BalasPadam
  8. Kesukaan ini akan masak lemak ketam :D

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...