OOO

Khamis, Mei 29, 2014

Resepi Kuih Udang

Assalammualaikum semua

Akak ambik resepi dari blog Chef Ah Mat Gebu.  Kalau nak buat kuih udang ni kena guna senduk besi baru cun.


BAHAN UNTUK CUCUR :-)
  • 250 g tepung gandum*
  • 3/4 camca besar baking powder*
  • 3/4 camca teh soda bikarbonate*(*gaul rata dan ayak)
  • 300 ml air rebusan kepala+kulit udang
  • 10 - 15 ekor udang
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • 30 g kuchai, dihiris
  • 50 g taugeh, ramas sedikit

CARA MEMBUATNYA :-)
 

  1. Satukan semua bahan2 cucur kecuali udang, kacau sebati dan rehatkan 5 minit. Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas sekejap (dalam 1 minit), keluarkan sudip dan sudukan bancuhan tadi 1 1/2 camca besar dan baringkan sekor udang atasnya, tekan sedikit.
  2. Masukkan dalam minyak panas tadi, gunakan api sederhana. Bila cucur kelihatan kembang dan tembam, perlahan2 tanggalkan dari sudip, goreng hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian cucur. Angkat dan toskan.
  3. Letak atas beberapa helai paper towel, buat hingga siap. Hidangkan bersama sos.

 BAHAN SOS :-) 
  • 8 biji cili merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1 cawan gula
  • 1/4 cawan air
  • 1/4 cawan cuka makan
  • 4 camca besar sos ikan
  • Sedikit kacang tumbuk -akak tukar ke bijan yang di sangai



  UNTUK SOS (RESIPI ASAL DARI "CHEF WAN") :- 
  1. Kisar cili dan bawang putih hingga hancur, masukkan bahan2 lain kecuali bijan. 
  2. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga sos memekat.
  3. Matikan api dan taburkan bijan sebelum dihidangkan bersama cucur udang tadi...

6 ulasan:

  1. Teringinnya nak buat kak. Sedap ni.

    BalasPadam
  2. Nampak cam sedap je..tapi suami saya tak makan udang..kalau tukar ikan bilis pun boleh jugakkan kak?

    BalasPadam
  3. kak sedap nye cucur udang. tp kene pantang la , baru nak baik tgn ni dr kegatalan alahan. :)

    BalasPadam
  4. Cucur udang memang best...algi2 klu makan time petang2.....sambil santai dgn family....

    BalasPadam
  5. Cucur udang kegemaran saya. Sambal cicah wajib sedap. Sos air tangan Datuk Chef Wan memang terbaik.

    BalasPadam
  6. makan cucur udang ni petang2 memang best...lagi2 masa masih panas..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...