OOO

Isnin, Jun 30, 2014

Resepi Sambal Sotong Sedap

Assalammualaikum
Kadangkala akak suka buat sotong sekor sekor camni buat sambal.  Suami akak pun suka gak tapi bila dah di bersihkan sotong tu masukkan balik kepala dan cucuk dengan pencungkil gigi supaya tak terkeluar kepala tu.

Kalau buat sambal camni masak lemak kobis dan goreng ikan masin pun ok 

Bahan-bahan
5 ekor sotong 
2 ulas bawang putih - dikisar
8 biji bawang merah - dikisar
sedikit belacan-optional
1 biji bawang besar - hiris bulat
6 sudu besar cili kisar
air asam jawa - ikut masam
garam dan gula secukup rasa


Cara memasak :
Kisar/tumbuk bawang putih, belacan dan bawang merah sehingga lumat.
Panaskan minyak dan tumis bawang tumbuk sehingga wangi, baru di masukkan cili kisar dan kacau sebati.  Masukkan sedikit garam.
Bila dah naik minyak, masukkan pula sotong bersama bawang besar hiris tadi.
Masukkan air asam jawa sedikit dan biarkan sehingga sambal naik minyak dan pekat.
Masukkan secubit gula dan rasa, jika kurang garam boleh di tambah.
Hidangkan.

Ahad, Jun 29, 2014

Makan Malam Di Kota Kinabalu (Malam Pertama)

Assalammualaikum semua

Demi menghormati bulan puasa ni, kalau N3 makan-makan akak tepek belah malam yer.

Lepas maghrib perut keroncong, sebelum sampai ke sini akak dah search google tempat mana yang sedap nak makan dan harganya berpatutan.

Kami sebulat suara setuju nak makan kat tempat makan dekat dengan pasar tapi bukan di area pasar filipina.  Dekat waterfront Kota Kinabalu tempat ni bukan food court tau...tapi ramai yang berniaga bermacam macam seafood dan makanan yang lain.
Setelah pusing pusing semua tempat penjaja ni akhirnya kami pilih tempat makan ni.
sebab tenguk tempat ni banyak orang makan..
geram betul tenguk udang segar ni
berbagai pilihan ikan..akhirnya 
akak pilih ikan merah
 ikan merah masak kukus tomyam

 nak gak merasa lobster ni..masak mentega..puas hati..sedap dan berbaloi 
dengan hargaakak ambil 4  ekor..sorang satu
 kerang bakar ni tak fresh...tak sedap...
mahai pulak tu..20 hinggit

 muka happy
 baby kailan masak bawang putih..
10 hinggit..mahai kan
 Lepas makan menikmati pemandangan di Waterfront ni..jalan jem tau kat area ni bila time nak makan.

Sabtu, Jun 28, 2014

Salam Ramadhan

 Assalamualaikum Semua
Akak ucapkan Selamat Menyambut 
Bulan Ramadhan 1435 Hijrah...
Semuga kita dapat menjalani ibadah 
puasa dengan khusyuk, diberkati 
dan dirahmati Allah S.W.T. 
InsyaAllah.

Maaf di pinta  jika ada terkasar bahasa kepada semua pembaca blog akak

Jumaat, Jun 27, 2014

Miri Ke Kota Kinabalu (Limbang - Kota Kinabalu)

Assalammualaikum

Sambungan Dari Miri Ke Limbang

Dari Limbang kami meneruskan perjalanan ke checkpoint  seterusnya walaupun kami tersesat kerana salah baca map cari airport.  Rupanya kami tersasar ke airport baru Limbang, sepatutnya kami jumpa airport lama yang telah di tutup operasinya.   

Akhirnya kami guna wave untuk ke Pos Imigresen Pandaruan border Malaysia dan masuk pula ke Pos Imigresen  Puni border negara Brunei.  Dulu-dulu  kena naik feri untuk melintasi sempadan Malaysia Brunei menyeberangi Sungai Pandaruan.  Sekarang dah senang dah..kalau idak masak nak beratur naik feri...kalau idak masak beratur nak naik feri.


Dapatlah tenguk pemandangan indah di bandar Bangar Temburong...nilah Sungai Temburong
Tak sampai 12km dari checkpoint tadi, kita kena  berhenti sekali lagi di Pos Imigresen Labu untuk keluar dari wilayah Brunei. 
Tinggal sejarah sahaja Sungai Trusan ni.  Dulu pun kena beratur naik feri tapi sekarang ni dah ada jambatan yang memudahkan perjalanan.  Kalau tiba time sesak memang mengambil masa berjam jam nak ke seberang.
 
Alhamdulliah sekarang ni dah terbina jambatan Batang Trusan  yang memudahkan perjalanan yang di panggil Jambatan Persahabatan di Antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia
Masuk balik ke  Pos Imigresen Mengkalap Sarawak untuk ke Lawas pula.
Lepas ajer checkpoint suami akak dah surrender kerana kepenatan, giliran akak  memandu pula.
Ira jadi tukang baca map pula..agak jem gak nak masuk ke sini.
Dari Lawas nak ke Pos Imigresen Merapok (Sarawak) akan jumpa jambatan 1 line ni.  Kena tunggu line clear baru boleh jalan.  Ira panggil jambatan ni jambatan tolak ansur :)

Lepas ni nak masuk pula ke negara Sabah dan kena chop passport  di Merapok Sarawak , pastu pegawai imigresen Sindumin chop pulak (pegawai ni duduk sebelah menyebelah).  

Yeszaa dah masuk ke negeri Sabah pulak.  Kami berehtni mengerjakan solat di surau R & R Sindumin, kalau tak ada telekung baik cari masjid sebab tak ada telekung kat surau ni.  Lepas tu terus ke Sipitang sejauh  cuma 18km sahaja.
Berhenti makan satay di medan selera Sipitang 

Kami pilih tempat ni..nasib baik pilihan kita tepat..sedap satay dan kuah kacang

Makan satay kambing, kerbau dan ayam.  Ketupat kena belah sendiri tau

Yang mahai ialah kelapa muda ni..4 hinggit kauuuu
sambil menikmati suasana tepi laut di Esplande Sipitang ..agak lama gak makan-makan  kat sini 
Dari Sipitang terus ke Mansapol dan berhenti di stesyen minyak Petronas di Beaufort nak buang air.
Dah masuk negeri Sabah ni senang, banyak papan tanda nak ke Kota Kinabalu.  Jalan pun lurus ajer, cuma camlah biasalah, jalan satu lorong ni kan, kalau ada kenderaan bawak makan angin, memang kena potonglah.

Bila tenguk bawah 100km memang hati terasa riang, cuma akak tersilap ikut jalan jauh masa di Kimanis, suami suruh akak ikut bandar Papar, akak pi  terus ikut jalan lama Papar, masak ikut jalan ni..jalan dahlah teruk dan berliku liku...dahlah hujan renyai-renyai, memang tak boleh pecut. Membebellah suami akak
Akhirnya kami sampai ke hotel pukul 6.00 lebih..fuhyooo perjalanan lebihkurang
450km mengambil masa lebih kurang 11 jam.  Tapi kami enjoy sebab bukan kami nak kelam kabut pun ke Kota Kinabalu...nama pun jalan jalan sambil bercuti kan.

Nanti akak buh gambar masa perjalanan balik sebab dah tau jalan, taklah kalut tenguk map.

Nantikan pula kisah akak di Kota Kinabalu yer.  

Rabu, Jun 25, 2014

Resepi Masak Lemak Cili Padi Daging Rusa Dan Pucuk Ubi

Assalammualaikum semua

Lemau betul nak update blog bila duk sini.  Mood ashik bertukar ganti.

Bila jumpa daging rusa, puaslah rasa hati sebab boleh masak macam-macam. 

Bahan-bahan
  • 1/2kg daging rusa
  • 15-20 biji cili padi kampung
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 ikat pucuk ubi-di rebus dan di tos
  • 1/2kg/500ml santan pekat
  • 600ml air
  • 2 batang serai-dititik hujungnya
  • 1 asam keping 
  • 2 helai daun kunyit-di siat-siat dan di ikat
  • garam dan serbuk kunyit secukupnya
Cara-cara
1.  Tumbuk cili api, halia, serbuk kunyit, kunyit hidup, serai yang telah dititik dan garam sehingga lumat.
2.  Basuh daging rusa, toskan dan potong kecil.  Rebus pucuk ubi bersama sedikit garam dan toskan.
3.  Masukkan semua kedalam periuk dan tuang santan pekat -(tinggalkan sedikit yer.).bersama air, asam keping dan masak di atas api sederhana sehingga mendidih dan kacau selalu.
4.  Biarkan mendidih selama 10-15 minit dan masukkan pulak pucuk ubi yang telah direbus dan daun kunyit.
5.  Biarkan mendidih dan masukkan pula lebihan santan pekat dan biarkan mendidih lagi dan rasa dulu garam baru di tutup api.
6.  Makanlah bersama nasi panas dan ikan masin, takpun makan dengan budu, cencaluk ataupun sambal belacan.

Isnin, Jun 23, 2014

Dari Miri Ke Kota Kinabalu (Miri-Limbang)

Assalammualaikum

Cuti sekolah yang lepas memang panjang kan. Tentu ada yang balik kampung, gi bercuti dan ada juga yang menghadiri kenduri kawin sepanjang 3 minggu ni kan.


Kat Sarawak sempena sambutan Hari Gawai pada 29 Mei, cuti agak panjang sampai hari Selasa.  
Kami cadang nak gi jejalan ke Kota Kinabalu dengan menaiki kereta.  

Oleh sebab kami ni pertama kali pergi puaslah akak baca blog dan cari map pasal hal ni.  Macam macam cerita yang dikongsi bersama. Nak sampai ke KK kena masuk dan keluar negara Brunei dan chop passpot lebihkurang 10 kali.  

Kami gerak dari Miri dalam pukul 7.00 pagi dan bila sampai ke checkpoint Sg. Tujuh iaitu sempadan Malaysia/Brunei dah mula kereta beratur panjang kat situ. Agak lama gak kami kat situ..nak buat camner cuti perayaan banyaklah yang gi jejalan. 


Kami dah siap isi borang kebenaran memandu kenderaan seperti mengisi nombor chasis dan nombor enjin kenderaan selain tau tarikh tamat insuran, jadi tak yah tunggu lama masa kat kastam Brunei. Oh yer..bila nak masuk lagi ke Brunei tak payah isi lagi sehingga penuh tempat di chop tu.

Bila dah chop passport di check point Brunei kami kena berhenti bagi borang tadi dan kastam Brunei suruh buka bonet kereta.  Habis semua di check, akak banyak bawa air dan jajan untuk Ira dan Imran.
Lepas ajer check point masuk ke Brunei, perjalanan berjalan lancar.  Kereta tak banyak sangat sebab hari Sabtu cuti..lepas bayar tol kat Sg Rasau RB3.00 akak ashik perati map. 



Tak dapat ambil gambar banyak sebab akak sibuk tenguk map/petunjuk jalan, takut salah jalan sebab kami nak ikut jalan pintas/jalan kampung dengan membuat pusingan  U di Lebuhraya Jerudong menuju ke Simpang Maya-Lamunin melalui Tasik Merimbun/Jalan Batang Mitus dan Kuala Lurah (border Brunei/Limbang).  Masa perjalanan dapat di jimatkan kerana dapat jimat lebihkurang  40km.

Dapatlah kami melihat perkampungan tradisional Melayu Brunei kat jalan kampung sepanjang lebihkurang 30km, terasa seronok pula melihat tempat macam ni.  


Kami terlepas jalan pintas dekat kilang papan nak ke Jalan Batang Mitus sebab jalannya kecil sangat. Nasib baik tak jauh tersasar, kami ambil keputusan pusing balik dan jumpa jalan tersebut.  Memang keliru gak bila ikut jalan kampung sebab tak ada papan tanda nak ke Pos Imigresen Kuala Lurah.
Kami berhenti merehatkan diri di Masjid Limau Manis, Brunei berhampiran sempadan Kuala Lurah, Brunei.    

Bila sampai 600 meter ke sempadan tarfik mula bergerak perlahan di sebabkan warga Brunei suka berbelanja di Limbang Sarawak di sebabkan kadar mata wang mereka yang besar.
Nasib baiklah kat masjid tadi dah membuang apa yang patut, kalau idak penat menahan..:)
Kat Brunei satu rumah ada lebih dari sebiji kereta, al maklumlah harga kereta murah kan.
Macam biasa ada ajer yang potong barisan, tak sabar punya pasalah tu.  Agak lama gak kami terkandas kat check point border antara Brunei dan Sarawak di Kuala Lurah ni.  Kelakar gak bila tenguk ada driver yang gi buang air kat semak berhampiran.  Tak tahanlah gamaknya tu..
Memang masa cuti macam nilah keadaannya terutama bila cuti perayaan.  Selepas ni kena lalu pula checkpoint Tedungan Limbang Sarawak.  Kami tak menghadapi masalah kat situ  dan tak payah tunggu lama macam tadi.

Perjalanan dari Tedungan ke bandar Limbang cuma 38km tapi kerana jalan cuma satu lorong sahaja, perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit. Akhirnya kami sampai gak kat Limbang dalam pukul 11.30 pagi.
Perut dah lapar, kami singgah makan kat salah satu restoran berdepan dengan Dataran Jubli Emas. Imran dan Ira kongsi makan soto...mereka dah biasa makan dengan sambal kicap..dah tentulah kat sini tak ada.
Sup daging..aduhh daging liat lagi...
akak pekena dengan nasi putih.

Posing jangan tak posing kat Dataran Jubli Emas


Cantik pemandangan kat sini....kemudian kami meneruskan perjalanan lagi ke Kota Kinabalu. 

Tunggu sambungannya yer

Jumaat, Jun 20, 2014

Resepi Ayam Panggang Cajun

Assalammualaikum semua

Pernah tak tenguk rempah cajun ni?  Kalau nak tau, rempah ni ada di rak pasaraya terkemuka.

Buat ayam panggang cajun ni lebih sedap makan dengan mashed potato dan coleslaw tapi akak buat makan dengan nasi ayam..selera orang melayu..nak nasi gak.

Bahan-bahan
1 ekor ayam saiz sedang ~ dipotong potong 12
3 sudu besar mentega

Bahan Perap Ayam
3 ~ 4 sudu besar bawang merah + bawang putih + halia kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar rempah cajun
2 sudu besar madu
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil mixed herbs


Cara2 menyediakan 
1. Basuh ayam bersih dan toskan.
2. Masukkan semua bahan di atas dan perap kecuali mentega sekurang-kurangnya 1 jam..kalau nak sedap semalaman.
3.  Panaskan oven 200C dan lenser dulang pembakar dengan minyak sayur/oliver oil  dan masukkan ayam yang telah di perap tadi.  Letakkan mentega di celah celah ayam.
bakar dalam oven selama 1 jam (ikut oven masing2 yer).
3. Semasa membakar ayam tadi.. sekali sekala hendaklah dibalik2kan ayam supaya garing sekata.   
4. Boleh di hidangkan dengan nasi ataupun makan camtu sajer.

Khamis, Jun 19, 2014

Gerai Makanan Rashidah Gemenceh-Sedappp

Assalammualaikum semua

Masa balik dari melawat bapa mertua masa cuti sekolah minggu yang terakhir, kami gerak awal pagi padahal dah minum kat umah adik ipar, tapi  terasa lapar pulak perut ni.  Suami ajak singgah minum kat satu gerai di Pekan Gemencheh.

Wah bermacam macam menu ada, termasuklah roti canai, roti bakar, nasi lemak dan bermacam macam lagi pilihan yang ada.  Anak buah akak pilih lontong dan Ira pula pilih roti bakar.
Akak pilih mee soto dengan pegedil bersama sambal kicap, bila anak tenguk akak makan sambil kata sedap ajer, mereka pun order sekali.  Harganya cuma RM3.50 ajer.

Memang sedap makan kat sini, harga pula murah pula.  Nanti kalau lalu kat Pekan Gemenceh bolehlah singgah...gerai ni menghala ke Kuala Lumpur yer. Ada gak jual makanan untuk tengahari tapi tutup belah petang dan malam yer.

Gerai Makanan Dan Minuman Rashidah Hassan
No 1, Gerai Hadapan Masjid As-Syakirin
Pekan Gemencheh Baru
73200 Gemencheh
Negeri Sembilan Darul Khusus

Selasa, Jun 17, 2014

Resepi Egg Benedict

Assalammualaikum semua

Wah dah berabuk dah blog akak ni...gara-gara cuti panjang dan ashik jejalan bersama family tercinta. Laptop pun akak tak bawa balik ke semenanjung.
Nak buat N3 pasal jejalan memang ambil masa sikit..sebab nak pilih gambar.  Jom layan dulu resepi mudah untuk sarapan ni yer.

Akak gunakan roti gandum..kalau nak sedap buh cheese kat atasnya tau.  Resepi akak ambil dari blog INI



Bahan-bahan

2 biji telur
2 keping roti putih
lada hitam - freshly cracked
Sedikit butter atau majerin
Garam

Cara-cara
Lenserkan remekin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
Letakkan sekeping roti di dalam bekas.
Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam.
Bakar pada suhu 180 C selama 15-20 minit atau hingga telur putih masak dan telur kuning cair sedikit.

Jumaat, Jun 06, 2014

Miri Handicraft Centre

 Assalammualaikum                                          
Kalau nak beli ole-ole sarawak kat Miri, akak cadangkan pergi ajer kat Miri Handicraft Centre.  Akak selalu bawa tetamu kat sini ajer sebab semua ada kecuali ikan terubuk dan sewaktu dengannya yer.
 Pelbagai barangan yang menarik terdapat kat sini, dari kain batik, t shirt, key chain dan juga pelbagai kraftangan penduduk tempatan.
Memang rambang mata dibuatnya.  Kat sini kena gak tawar harga..terutama barangan yang berharga ratusan ringgit


Raja Road
98000 Miri Sarawak

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...