OOO

Khamis, Julai 17, 2014

Cara Buat Kerabu Mangga

Assalammualaikum dan selamat berpuasa

Nasib baiklah kat sini ada pokok mangga yang masih lagi berbuah.  Sekarang ni pun masih lagi berbunga..seronok sungguhlah walaupun pokok tuan rumah.


Bahan-bahan
1 biji mangga muda
1//2 biji bawang besar-hiris halus
2 cili api-potong serong
1/2 cili merah-potong serong
2-3 sudu besar air jus limau kasturi
1 sudu kecil gula kabong
1  sudu kecil gula pasir
sedikit sos ikan
Kacang tanah tumbuk-hiasan


Cara-cara
  1. Campurkan jus limau nipis/kasturi, gula, sos ikan dan kacau sehingga gula hancur dan sebati.
  2. Kemudian satukan dengan mangga, bawang besar, cili api dan cili merah ke dalam   mangkuk dan kacau rata.
  3. Rasalah cukup masam dan manis ikut selera masing-masing.
  4. Sejukkan dalam peti sejuk.

2 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...