OOO

Memaparkan catatan dengan label apam johol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label apam johol. Papar semua catatan

Selasa, September 23, 2014

Apam Johol Daun Rambai

Assalammualaikum semua

Akak pertama terjumpa apam johol ni kat Hari Kraf Kebangsaan, tertariklah pulak tenguk apam yang dibungkus dengan daun rambai ni.  Apam ini menjadi identiti masyarakat Johol Negeri Sembilan.
Kecik molek rupanya, baunya memang menggiurkan di sebabkan haruman daun rambai yang menjadi pembalutnya  dan caranya memasaknya  adalah dengan cara mengukus.  
kredit : kosmo
Proses membuat apam itu tidaklah begitu rumit seperti disangka tetapi memerlukan kesabaran dan seni apabila memotong daun rambai tersebut. Ini bagi memastikan kuih yang dikukus nampak cantik serta berkualiti.
Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati seperti tepung gandum, gula merah, gula pasir, ibu roti, daun rambai dan bahan 'rahsia,

Apam Johol ini istimewa kerana ia bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja tetapi kini diperluaskan kepada hidangan sampingan menggantikan pulut dalam campuran cendol.

Selasa, April 03, 2012

Jejalan Di Hari Kraf Kebangsaan 2012

 
Hari Isnin lepas akak gi ke Pameran Kraf di Jalan Conlay.  Dah habis dah pameran pada 2hb. April ..semalamlah kan.  Lambat lak buat N3.
nasib baik tak minat kain batik sutera..akak cuma jalan jalan sambil cuci mata..kalau idak mesti habis ratusan ringgit
 Akak paling suka jalan tempat kraftangan kayu..congkak gergasi di perbuat dari tempurung kelapa..unik bukan
 wah ada kasut kayu sekarang ni..macam-macam saiz ada tapi cuma untuk hiasan sahaja.  Larat ker nak menapak kalau di pakai?
 demo mengukir kayu ukiran 3D..harga memang mantop sebab bukan senang nak mengukirnya sebab mengambil masa yang lama
dah penat berjalan boleh lepak dengar orang nyanyi..kat lobi utama
paling suka tenguk ukiran pintu dan kayu..bestnya kalau dapat kan
pintu ala cowboy
bila lapar gi ajer cari tempat makan..macam-macam ada tau..
ada masakan negeri sembilan dan johor kali ni.
suka makan kueh akok..selain dari itu ada gak kueh mueh yang lain seperti kueh baulu dan lompat tikam
ni demo kueh tahun lepas...akak nak cari kueh ni lagi, tapi sayangnya tak adalah pulak tahun ni...kalau sape tau apa nama kueh ni?
Dalam perjalanan nak pulang..Eh eh...cam kenal ajer..rupanya Jard yang datang ikut rombongan RTM..wah untunglahhh..banyak lagi gambar tapi malas pulak nak upload

Memang tak miss lagi gi ke sini setiap tahun...tapi tahun ni tak banyak keluar RM.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...