OOO

Jumaat, Oktober 17, 2014

Resepi Donut Keledek Oren

Assalammualaikum semua


Teringin pulak nak buat donut keledek oren ni bila cari apa nak buat untuk minum petang.  Nasib baiklah ada keledek oren dan yis kat rumah.  Masa nak bubuh air memang kena sikit sikit sebab takut kalau terbanyak nanti adunan akan lembek.

Resepi asal dari Wan tapi akak ikut resipi olahan Nor@SecubitGaramnanti jangan ada pulak Anon kata bukan chef tak boleh tukar/olah  resepi.  Kalau biasa donat di salut dengan gula castor, kali ni akak salut dengan gula aising jer.

Bahan:
320 gm tepung gandum
2 sudu kecil yis segera 
60 gm gula castor
180 gm keledek rebus 
1 biji telur A
90 ml air
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1  sudu besar butter
         ~
minyak 
gula castor secukupnya-tukar ke gula aising
Cara-cara :
Lecek/lenyek keledek yg direbus tadi hingga halus. Ketepikan.
Masukkan tepung, yis, gula dan keledek. Gaul sebati.
Masukkan pula telur, garam dan air (air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit),  gaul hingga membentuk sebiji doh.
Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan tak melekat pada mangkuk.
Tutup mangkuk dgn tuala lembab atau plastik cling dan biarkan adunan naik sekali ganda.
Bila adunan dah naik, ambil sedikit adunan (lebih kurang35 - 40gm) dan bulatkan.
Letak atas papan pencanai yg ditabur sedikit tepung dan tekan2 hingga sedikit leper (lebih kurang 1 1/2 cm)
Tekap bahagian atas doh tadi dgn menggunakan mulut botol air mineral/minuman utk membentuk lubang pada tengah2 doh.
Keluarkan doh yg dibahagian tengah tadi dan ulang sehingga habis adunan.
Rehatkan doh yg dah dibentuk lebih kurang 20 - 30 min (atau sehingga doh naik/mengembang kembali - doh akan lebih cepat naik kalau cuaca panas)
Panaskan minyak dengan api yg sederhana dan goreng donut hingga masak.
Angkat dan toskan. 
Biarkan seketika kemudian barulah disalutkan dgn gula castor.


*boleh gantikan keledek oren dgn keledek biasa atau pun dgn kentang

* kaedah membentuk donut spt di atas akan menghasilkan donut yg lebih membulat/montoks dr menggunakan acuan penerap donut 
*kerja2 membentuk pun lebih cepat siap berbanding menggunakan penerap yg mana kita perlu mencanai terlebih dahulu (lg pun doh yg diulang2 canai akan mengambil masa yg lebih lama utk naik)
* gunakan botol air mineral atau minuman bergas yg kecil. potong bahagian bawah botol spt dlm gambar di bawah

8 ulasan:

  1. Lain daripada lain. Donut berperisa oren.

    BalasPadam
  2. akak ada tips untuk buat donut yang gebu tak ?? saya ni apa-apa yang guna yis, so far tak pernah berjaya lagi

    BalasPadam
  3. Sedapnya boleh la suh orang rumah try plak

    BalasPadam
  4. pergh perisa oren. yummy. sedap wooo. nampak perfect la donut nye.

    BalasPadam
  5. kena mintak bini belajar buat nih..

    BalasPadam
  6. Sedapnya. Terliur nengok. Rasa macam nak makan keria pulak bila tengok.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...