Assalammualaikum semua
Anak adalah permata yang paling berharga bagi setiap ibubapa, dah tentu setiap anak akan di tatang seumpama minyak yang penuh.
Setiap kemahuan anak akan cuba di penuhi demi kasih sayang dan cuba memberikan yang terbaik.
Seperti ibubapa yang lain, kami mula memikirkan bagaimana masa depan anak kami. Dah tentu semua ibubapa mempunyai impian agar anak kita dapat melanjutkan pelajaran setinggi yang boleh dan mempunyai pekerjaan yang boleh menjamin masa depan mereka.
Jom tonton video yang menyentuh perasaan ini.
Tersentuh hati kami berdua terutama akak sebagai seorang ibu bila menonton video ini.
#DreamForMyChild
Bila ditanya apakah harapan dan impian kami untuk Imran, memang terasa terkesan dihati kami. Kami ingin Imran sentiasa menjadi anak kesayangan kami yang comel, tetapi setiap anak akan terus membesar kan!
Jadi apakah #DreamForMyChild?
Semestinya kami ingin Imran sentiasa belajar bersungguh-sungguh dan akan menjadi seorang doktor yang berjaya. Kewangan untuk membiayai pelajaran menjadi seorang doktor adalah amat tinggi semasa di universiti nanti.
Kami amat berharap pada masa tersebut kami telah dapat menyimpan wang yang secukupnya untuk menjamin masa depan Imran. Paling bagus jika Imran mendapat keputusan yang cemerlang dan mendapat biasiswa.
Itulah impian kami untuk anak kesayangan kami. Semuga impian kami akan terpilih untuk memenangi hadiah 1 x iPad Air 2 (setiap minggu bernilai RM1599, (dimuatkan dengan aplikasi pendidikan menarik).
Lumayan bukan kerana jumlahnya sebanyak 10 iPad yang boleh dimenangi sehingga 10 minggu!
Bagaimana dengan anda? Apakah impian untuk anak anda pula?
Jom kongsi impian untuk anak anda di laman web AmMetLife
(http://www.dreamformychild.com/my/) mana tau ada nasib untuk anda memenangi iPad Air 2 nanti.
Kempen #DreamForMyChild akan bermula dari 27 Januari 2015 sehingga 3hb. April 2015.
Alhamdulillah semoga impian kita sebagai ibu bapa tercapai...amin...
BalasPadamMudah2an... :-)
PadamAaminn
Padammemang sebagai ayah, pelbagai perkara yang kita mahukan untuk anak tersayang...
BalasPadamSemoga impian tersebut tertunai.
BalasPadamSebagai ibu, saya pn mengharapkan impian kita terhadap anak2 tercapai. Tahniah k.ina.. :-)
BalasPadamIbu Mana yang tidak gembira melihat kejayaan anaknya .. so sebagai ibu bapa sudah tagunggjawab untuk membesarkan anak2 dengan pendidika yang secukupnya . From http://jomdaftartadika.com/
BalasPadam