OOO

Khamis, Februari 12, 2015

Nasi Mandy Yaman (Ayam)

Assalammualaikum
Resepi dari blog Azie dan Ummi akak gabungkan bila nak buat nasi mandy yaman kali ni.  Memang agak remeh sikit aa sebab ada kerja lebih sikit, tapi puas hati gak sebab hasilnya memuaskan.

Untuk Membuat Air Rebusan Ayam

Bahan-bahan
2 biji bawang besar-cincang halus
3 helai bay leaves
2 batang kulit kayu manis
5 biji pelaga
3 biji bunga cengkih
2 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 biji tomato - dadu
Garam secukup rasa
2 sudu kecil saffron di campurkan dengan 1/4 cawan jus lemon

Cara-caranya
1.  Panaskan minyak zaitun dan tumis rempah 4 sekawan.
2.  Masukkan bawang besar serta bay leave sehingga naik bau barulah di masukkan tomato dadu dan serbuk ketumbar dan jintan manis.
3.   Masukkan air sehingga mendidih bersama garam.
4.   Bila air mendidih masukkan ayam dan biarkan ayam masak.
5.   Keluarkan ayam dan toskan.
6.   Simpan air rebusan ayam untuk dibuat sup dan untuk masak nasi.

Bahan Perapan Ayam
1 ekor ayam ~ dibelah 4 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil saffron di campurkan dengan 1/4 cawan jus lemon
garam

Akak tambah
4 biji ubi kentang us-potong 6
1 batang lobak besar-potong 3 dah hiris 3
sedikit minyak zaitun

Cara penyediaan ayam:

1. Semua bahan rempah termasuk  campuran saffron dan jus lemon dicampurkan dengan minyak zaiton. Lumurkan ayam dan perapkan dalam 15-30 minit.
2,  Masukkan hirisan lobak merah, bawang holland dan juga ubi kentang us.
3.  Bakar pada suhu 200'c selama 1 jam. Pada 10minit terakhir gunakan api atas untuk kuningkan bahagian atas ayam.


Untuk memasak Nasi
Bahan bahan
5 cawan beras basmathi - basuh  & tos
5 cawan air rebusan ayam tadi
2 labu bawang besar - dihiris
2 sb serbuk jintan putih
1 sb serbuk ketumbar
5 biji cili hijau/merah - patahkan

Cara-caranya
Masukkan beras yang ditos ke dalam air rebusan ayam. 
Masak sehingga nasi kering. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan serbuk jintan dan ketumbar. 
Tutup periuk dan biarkan seketika. 
Buatkan lubang dan letak aluminium foil atau cawan tahan panas yang dimasukkan sedikit minyak zaitun. Kemudian masukkan arang ke dalam aluminium foil tadi. Cepat cepat tutupkan periuk supaya asap terperangkap.

Bila  masak  kacau  nasi.   Siap dihidang. 


Akak buat simple salad ajer.  Timun, cili benggala, hirisan bawang merah dan salad di potong dan di curah dengan sos cili bercampur mayonis.

5 ulasan:

  1. Bestnya. Memang sedap teringat-ingat kali makan di Setiawangsa.

    BalasPadam
  2. kita buat nasi mandy guna yang pes instanst tu je.. hihihi.. nampak benor malas kan.. hikhikhik..

    BalasPadam
  3. dah lama x masak nasi arab, selalu pakai yg kotak jenama AlBayt tu je
    hehe

    BalasPadam
  4. Awat nampak sedap sangat kak? Kalolah ni magic screen nasi tu keluar 3D leh makan terus... :(

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...