OOO

Jumaat, Jun 24, 2016

Cara Nak Hilangkan Lendir Ikan Keli/Ikan Air Tawar/Ikan Sungai

Assalammualaikum semua

Kat rumah akak ni anak anak dan suami layan ikan sungai dan ikan keli bela ni.  Dulu pun masa belum kawin mak memang ajar cam mana nak bersihkan ikan sungai, tapi bila muda mana nak buat. Alasannya gelilah, takutlah padahal malas yang sebetulnya, al maklumlah takkan lah tangan yang mulus nak di cemari dek lendir ikan ni :}

Bila dah jadi mak dan uwan dan duk berpisah dari mak, nak tak nak kenalah buat sendiri, takkan ashik nak beli kat kedai ajer kan.

Ada pelbagai cara yang akak buat
Cara Pertama : Masukkan tepung gandum ke dalam besen, pastu buh air.  Gosokkan sehingga lendir ikan hilang, pastu siang dan cuci.  Tapi akak jarang ikut cara ni.
Cara Kedua
Masukkan garam dengan asam jawa, gaulkan dan masuk air.  Pastu siang tapi ikan keli ni mesti buang darah beku kat tepi kepala.  Bila di potong akan nampak ketulan daging beku berwarna merah hati.  Kalau tak buang rasa hanyir tak kan hilang.  

Kalau ikan keli masih hidup ambil garam kasar dan biarkan ikan mati.
Lepas cuci bersih, ambil limau kasturi beberapa biji bergantung kepada banyaknya ikan.  Belah dan perah jus, kemudian letak garam sedikit.  Biarkan selama 5 atau 10 minit barulah boleh cuci sekali lagi.  Pastu apa lagi..masaklah.

Erhmmmm ada lagi tak cara nak hilangkan hanyir dan lendir ikan? Silalah kongsi kat ruang komen yer

2 ulasan:

  1. Saye peminat ikan sungai. Tapi ikan keli kurang suka dan tak pernah masak hehe,

    Kalau ikan sungai biasa macam ikan putih, ikan lampam, ikan terubui tu. Kami cuci ngan air asam jawa. Dan lpastu cuci pulak dengan limau kasturi. Takd ehanyir dah, Goreng garing2 sedapnyaaa

    BalasPadam
  2. SA suka Ikan keli..Selalu basuh Dengan limau kasturi atau limau nipis ..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...