OOO

Isnin, Jun 27, 2016

Cara Masak Sizzling Yee Mee Sedap

Assalammualaikum semua

Kesukaan anak anak akak, akak pun senang hati nak buat sebab bukan susah sangat nak masak.
Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih-dihiris nipis
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)-akak guna cendawan tiram ajer
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong serong-kalau nak pedas tambahlah lagi
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • sawi-akak tambah-potong kecil
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik minyak bijan
  • 1 sudu besar tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan cendawan serta sayur-sayuran yang lain- tunggu 2-3 minit.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas-panas

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...