OOO

Isnin, Ogos 15, 2016

Ketam Goreng Cili Bertelur

Assalammualaikum semua

Hari ini cukup seminggu menantu duduk kat rumah nak habiskan berpantang setelah dekat sebulan duduk bersama ibu tersayang.  Best gak bila dua cucu ada kat rumah, terasa riuh sikit aa.
Tak pernah buat ni, pertama kali buat, kira oklah rasanya, kalau makan ketam kat restoran seafood memang berdentum aaa harganya.

Bahan2:
2 ekor ketam
3 sudu makan cili kisar
1 biji bawang besar* 
3 biji bawang putih*
sedikit sos cili
sedikit sos tiram
1 biji telur ayam-pukul sedikit
serbuk kunyit dan minyak masak secukupnya
gula dan garam secukupnya

Cara-caranya

1.  Tumbuk atau kisar bahan bertanda *.  Bersihkan ketam dan toskan.
2.  Bubuh serbuk kunyit dan garam kat ketam kemudian goreng ketam  sampai masak.
 Angkat dan ketepikan.
3.  Keluarkan minyak tinggalkan sedikit dan tumis bahan kisar bersama cili kisar sehingga terbit minyak.
4. Masukkan sos cili dan sos tiram secukupnya
5. Masukkan gula dan garam secukupnya
6. Bila sambal dah masak, masukkan ketam yang telah di goreng tadi. Gaul sebati.
7. Pecahkan se biji telur ke dalam sambal dan kacau cepat sehingga telur hancur dan sebati.
8. Tutup api dan bolehlah di angkat.

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...