OOO

Khamis, Ogos 11, 2016

Kota Bharu ke Kuala Terengganu (Catatan Perjalanan Ke Pantai Timur)

Assalammualaikum semua

Kami check out dari Hotel Perdana awal sebab nak pergi ke Kampung Laut Tumpat Kelantan sebab nak beli stok serunding yang telah lama kehabisan.
Seronok menikmati pemandangan di tepi jalan nak ke Kampung Laut, kami dah lama tak beli sejak kali terakhir pergi ke sini pada tahun 2011. Kisahnya kat Serunding Kampung Laut.

Pastu  kalau pergi ke Kota Bharu kami beli ajer kat Wan Sabariah Serunding sebab anak malas nak ikut kehendak akak beli kat situ.

Walaupun kali ni beli kat pengusaha yang lain sebab tak jumpa yang lama, alhamdulliah dapat yang fresh baru masak sehari selepas tu, dah serik dah beli bila dapat yang lama.  Sedap gaklah serunding yang ni, harga pun tak mahal.  Kisahnya kat Serunding Kampung Laut Memang Sedap.

Seronok dapat berbual dengan pengusaha ni, tapi sekarang ni memang payah nak cari guna dapur kayu, kebanyakkannya dah dah guna gas sahaja terutama sejak banjir besar pada tahun Disember2014 di mana banyak pengusaha serunding mengalami kerugian yang teruk termasuk Encik Harun Hassan yang menyebabkan lapan mesin pelbagai yang bernilai RM60,000, rosak.

Selepas dah selesai di Tumpat kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu menggunakan jalan pantai, kami berpandukan kat Waze ajer. 


Alhamdulliah perjalanan berjalan lancar, bila sampai di simpang nak ke Tok Bali, mesti terjumpa replika ini, tu pun snap kat dalam kereta ajer.

Sukanya menikmati pemandangan sepanjang perjalanan ini, memang indah alam ciptaaan Allah SWT.

Berhenti solat di masjid Tok Bali, pastu teruskan perjalanan, bila sampai di Pantai Merang singgah beli satar kat seorang makcik di tepi jalan.  Menyesal aaa beli sikit..sedap sangat terasa isi ikan.

Tenguk kawan kat facebook yang tinggal di Kuala Terengganu bagitau harga pasu kat sini murah, akak pun minta panduan jalan nak ke Meridin Niaga.

Suka dengan kata kata kat banner kat sini..
Mok Kite Maroh Jual Mahal
Kena pandai pilih gak, tapi pasu kecik memang murah sesangat, pasu besar ada yang harganya murah dari harga kat rumah akak.  Jadilah buat kenangan, tenguk pasu teringat Kuala Terengganu.

Alamat 
LOT PT 1513, KG. TELAGA PAPAN 21500 PERMAISURI SETIU TERENGGANU

Bila ingatkan balik rasa kelakarlah pulak, ada ker patut beli pasu nak bawa balik ke rumah...nasib baik suami tak bising.  Beli pasu besar dan pasu kecil, bila sampai rumah anak anak kata..

Laa mak pasu pun beli gi jalan jauh-jauh.

Akak call Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu, nasib baiklah masih ada kekosongan, tapi frust sangat dengan keadaan bilik kat sini.  Nanti akak ceritalah yer


1 ulasan:

  1. Jalan-jalan dikawasan luar bandar terutamanya Pantai Timur memang menarik. Kadang2 pergi ke tempat luar tak menarik sebagaimana indahnya kawasaan di pantai timur.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...