OOO

Jumaat, Oktober 28, 2016

Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu Tak Memuaskan Hati

Assalammualaikum semua



Dari Kota Bharu nak ke Kuala Terengganu, kami ikut jalan pantai, seronok sebab jalan tak banyak kenderaan yang paling penting tak banyak lampu isyarat.  Dalam perjalanan singgah beli sata dan makan tengahari.

Oleh sebab hari dah menjelang petang, akak mula cari hotel, teringat Hotel ni yang berhampiran dengan Kampung Cina.  Parking kat sini memang terhad, kalau penuh kenalah pandai pandai cari kat tempat lain.  Kat belah luar ada, tapi bila siang kena bayarlah, tak pastilah kena buh kupon atau ada attendan letak resit.

Bila masuk ke bilik, hermm bilik air ok ajer, nampak agak lama.  Nasib baiklah kami ni tak memilih sangat.
Oleh sebab malas nak keluar, kami ambik keputusan makan malam kat restoran ajer. 

Makan steamboat dan nasi goreng, tak habislah pulak nasi goreng. 

Waktu nak gi sarapan pagi, akak gi aa ambik gambar kat luar restoran, ambil gambar kat laut.
Bila  nak ambik makanan, banyak yang dah habis. Orang punyalah ramai, makanan  macam mee goreng, semua serbu..sape lambat dia tak dapat.
Ada gak pelancung asing yang geleng kepala bila tenguk cuma ada roti sahaja yang ada. Salad ada tapi dah habis, mereka tak top up.
Bukan berkira, tak pernah lagi tenguk situasi macam ni.  Kami pernah bermalam  di Hotel Seri Malaysia Lawas Sarawak,  di Melaka dan di Marang, tak pernah kami tenguk suasana kelam kabut macam ni.

Kalau baca kat internet memang banyak yang review yang tak elok tentang hotel ini, yang elok sebab dekat bandar dan tempat menarik. Harga pun boleh tahan, tak lah murah sangat.

Rasanya memang tak gi aaa ke sini lagi bila ke Kuala Terengganu.

5 ulasan:

  1. Alhamdullilah nasib baik baca review akak, boleh dah cari hotel lain ni kalu nak pergi cuti di terengganu.

    BalasPadam
  2. memang seri malaysia memana pun ada je problem kak.. jarang dengar yang ok..

    BalasPadam
  3. sabo jela kak..hotel2 ni kadang tak semenggah jer baginya..hotel bajet kadang lagi best.

    BalasPadam
  4. dah tau org check in rmai... siap2 la food banyak for breakfast kan... kesian kat hotel guests...hmmmm

    BalasPadam
  5. TQ kerana berkongsi.. lain kali tak nak pergi ke hotel ini dah kalau pergi KT.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...