Assalammualaikum
Demi nak menghabiskan pisang yang tinggal secoet, pagi pagi akak buat apam pisang gebu ni, yang tanpa menggunakan telur, kebetulan telur pun dah tinggal beberapa biji.
Guna acuan bunga bunga plastik, nanti tak payah lagi nak potong potong. Makan dengan kelapa parut, memang enak.

Bahan-bahan:
1 cawan pisang lemak manis lecek halus
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
Cara:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
2. Adun bahan tadi bersama pisang lecek, gula kastor dan secubit garam.
3. Masukkan minyak jagung dan gaul rata.
4. Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan. Amie gunakan acuan lompang, dan bubuh setengah acuan.
5. Jika suka bubuh hirisan pisang di atasnya sebagai hiasan.
6. Kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sedikit iaitu lebih kurang 1/2 jam atau 30 minit.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan