OOO

Rabu, Mei 31, 2017

65eday, Global Super Sale Dari ezbuy Malaysia

Assalamualaikum. 

Pembelian secara talian telah jadi satu trend dah kat Malaysia ni.  




Salah satunya adalah ezbuy yang merupakan salah satu agen Taobao di Malaysia. Yang seronoknya ezbuy Malaysia adalah  pembekal perkhidmatan membeli belah dalam talian yang profesional. 

Dikenali kerana menyediakan perkhidmatan membeli belah dari Malaysia, China, USA dan Taiwan.
Pelbagai produk di tawarkan di ezbuy iaitu pakaian, produk kecantikan, telefon bimbit, aksesori, perkakas, perabut dan lain lain.

Lebih dari 20 Million pelbagai produk on sale termasuk Fashion Specials, Lifestyle Essentials serta ezbuy's Best Sellers. Pelbagai barangan di tawarkan dengan diskaun sehingga 90%.

Exclusive Flash Deals dengan diskaun hebat, bertukar setiap hari dari 31 Mei, 12 tenghari sehingga 5 Jun.

Friends Deal, Share & Shop with Love Ones dan nikmati Harga Borong lebih dari 300 Items.(Dikemaskini setiap hari)

Deal of the Day Section, Great Daily Deals untuk semua.

Top Brands dengan diskaun seperti Scholl yang menawarkan Scholl Velvet Smooth Express Pedi dengan harga yang berbaloi.

Direka penuh ergonomik dengan pemegang yang lembut, Scholl Velvet Smooth Express Pedi dilengkapi satu kepala penggelek Micralumina yang berpusing dengan laju yang mampu menanggalkan kulit kasar dengan mudah, pada masa yang sama menjadikan kulit kaki dengan lembut dan licin. 

Bestkan bila dah beli tak payah lagi pergi buat Pedi kat Spa, boleh buat sendiri di rumah.



Nanti nak pergi travel atau balik beraya, bolehlah beli Johnson's Baby Toiletries Travel Kit 50mlharganya pun berbaloi di ezbuy



Sila download ezbuy APP dan scan untuk mendapatkan voucher percuma bernilai RM15 
(QR Code will provide), seronok kan daftar ajer terus dapat diskaun.

😊Happy Shopping😊

Jom LIKE Facebook ezbuy

Selasa, Mei 30, 2017

Baju Raya Dari Zalora

Assalammualaikum

Dah beli baju raya ker belum?
Kalau belum, tak payah susah susah keluar duit minyak yang semakin mahal.  

Beli ajer secara online dari Zalora.


Senang bukan sekarang ni. Tak payah keluar peluh pun boleh membeli belah

Jom shopping di Zalora😍

Rabu, Mei 24, 2017

Resepi Cinnamon Roll Sedap Dan Lembut

Assalammualaikum semua

 
dulu anak jadi model sekarang ni cucu pulak😍
Setiap kali anak lelaki sebut "Mak dah lama 
tak buat cinnammon roll", akak barulah ada virus R nak buat.

 Roti
300g tepung roti
50g butter
1 biji telur
50g gula halus
100ml fresh milk/air (suhu badan)
8g dry yeast
1 sudu kecil garam        

Filling
2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
60g gula perang
20g butter-suhu bilik                           

Icing
             
50g cream cheese - suhu bilik
20g butter - suhu bilik
100g gula aising (saya kurangkan kepada 60gm)
secubit garam
beberapa titik vanila esen

BAHAN UNTUK FILING 

  • 2-3 sudu makan serbuk kayu manis
  • 60gm gula perang
  • 30gm mentega - suhu bilik
  • 5-10gm badam cincang yang telah di panggang/sangai(kalau banyak lagi best)
  • coklat chip (nak habiskan stok)

1. Campurkan semua bahan filing kecuali badam cincang 
sehingga sebati dan ketepikan.

BAHAN UNTUK ICING 

  • 20gm mentega - suhu bilik
  • 50gm krim keju - suhu bilik
  • 100gm gula aising - ayak
  • 2-3 titik esen vanilla
  • secubit garam
  • coklat chip (optional)
1. Campurkan semua bahan dan pukul sebati. 
Ketepikan.

UNTUK DOH :- 
Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. 
Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). 
Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).



Cara-caranya
  • Masa ni yang best.....bila tenguk doh macam gunung berapi nak meletus setelah 1 jam.
  • Keluarkan doh dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  • Canaikan bentuk segi empat dan ratakan filing atas doh tadi.
  • Taburkan badam cincang di atas filing tadi.
  • Gulung ketat-ketat.
  • Cubit-cubit tepi doh supaya tidak terbuka semasa proses memotong.



  • Potong dengan pisau tajam 7-8 potongan ikut besar yang kita kehendaki.
  • Siap untuk di bakar....bakar pada suhu 190C selama 10 minit. 
  • Selepas itu turunkan suhu kepada 180C dan bakar lagi dalam masa 8-10 minit bergantung kepada oven masing-masing.
  • Setelah masak..sapukan icing....sedap di makan panas-panas.
Kalau nak tenguk step by step bolehlah ke SINI

Khamis, Mei 18, 2017

Ketam Masak Lemak

Assalammualaikum semua

Wah, hari ni kemain viral kisah David Teo kena penampar dengan seorang artis yang lama pelakon/pelakon Mat Over atau nama sebenarnya  Sulaiman Yassin. 

Dilahirkan pada tahun 1952 berasal dari Terengganu beliau lebih di kenali sejak berlakon dalam rancangan komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Beliau marah kerana David tidak sopan di depan Perdana Menteri Malaysia  semasa sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Najib Razak pada 17 Mei 2017 t
Jomlah masak lauk ketam pulak yer

Bahan-bahan
4 ekor ketam-potong 2 dan bersihkan
1/2 cawan santan pekat
3-4 cawan santan cair
10 -15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai-titik hujung
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit-di siat dan disimpul
garam secukup rasa
 
Bahan-bahan
1.   Tumbuk cili api, kunyit hidup, kunyit serbuk, halia dan sedikit garam sehingga lumat.  (Kalau malas kisar ajer dengan blender :)
2.  Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama bersama serai dan biarkan mendidih baru di masukkan santan cair.  
3.  Kacau selalu dengan api yang kecil.
4.  Bila mendidih masukkan daun kunyit dan asam keping bersama santan pekat serta sedikit garam.
5.  Biarkan masak sehingga 10 minit dengan api perlahan dan bolehlah di padamkan api bila dah rasa cukup rasanya.  

Isnin, Mei 15, 2017

MY Travel Adventure-Kota Kinabalu Sabah

Assalamualaikum semua

Tak payah jauh jauh nak pergi bercuti, kat Malaysia banyak tempat menarik yang kita boleh menghabiskan masa berharga bersama keluarga tersayang.


Kat Malaysia banyak tempat tempat yang boleh kita bercuti sama ada jauh atau pun dekat.


Salah satu tempat yang akak suka pergi ialah ke Kota Kinabalu Sabah. Nak tau kenapa?

Tergiur tak tenguk lobster ni😋

Selain dari makanan yang fresh dan sedap harga yang di tawarkan memang murah sesangat. 


Kat sekitar bandar Kota Kinabalu banyak tempat makan yang menawarkan pelbagai makanan laut/seafoods yang harganya memang murah dari sini.

Salah satu pilihan kami, dah tentulah udang masak butter/butter prawns.

Memang terbaik aaa sehingga menjilat jari😍
Keluarga kami memang sukakan suasana laut, dah tentulah tak melepas peluang nak menikmatinya semasa kat sini, rugi ooo tak pergi.😚

Kami kena pergi ke Jesselton Point Waterfront untuk menaiki bot ke pulau-pulau yang ada di sini.
Ada beberapa pulau yang menarik,kami buat pilihan nak ke Pulau Manukan
Betullah seperti yang di war warkan, subhanallah cantik sungguh alam ciptaan Allah SWT.😍
Kami berdua menghabiskan masa menikmati pemandangan indah di sini sambil mengenang kembali peristiwa pahit dan manis sepanjang melayari bahtera perkawinan selama ini.

Anak anak pula yang memang suka dengan air , tak tunggu lagi terus terjun ke dalam air laut yang jernih.  Puas hati anak anak dapat berenang sebebasnya di sini.😉
Dah puas mandi laut, pergi pulak ke Taman Kinabalu (Kinabalu National Park) untuk menikmati pemandangan Gunung Kinabalu, nak mendaki tak cukup stamina lagi. 

Jarak dari Kota Kinabalu ke Kundasang ialah kira kira 90 km, sebaik baiknya bertolak awal pagi ke sini, sebab jika sampai tengahari selalunya puncak Gunung Kinabalu akan mula di litupi awan.
Salah satu tempat menarik yang perlu di lawati ialah di Desa Cattle Dairy Farm, ladang lembu ala ala kat negara New Zealand yang terletak di Mesilau, cuma 5km dari Pekan Kundasang.
Jangan melepaskan peluang untuk memberi susu kepada anak anak lembu dan kambing, selain dapat menikmati susu segar dan air krim  sambil menikmati pemandangan dan keindahan di sini.
Kalau bawa anak anak memang seronok jika singgah kat Arnab Village yang terletak di Kampung Purakagis, Ranau.  Untuk ke sini kena bayar tapi tak mahal sangat, dah tentu anak anak merasa gembira dapat bermain main dengan arnab comel ni.
Jangan lupa juga singgah di Muzium Sabah

Jangan lupa melawat model rumah rumah tradisional pelbagai kumpulan etnik suku kaum di Sabah yang ada dekat Kampung Warisan.  Kita boleh mendapat info kaum kaum yang ada di Sabah dan mempelajari budaya mereka.
Keesokannya harinya kami ke Pasar Filipina, nak cari ole ole untuk di bawa pulang.😎
Dah tentulah brooch dan gelang mutiara menjadi salah satu pilihan untuk di bawa pulang, selain dari harganya yang murah, terdapat pelbagai bentuk dan warna di sini.
Jika lupa menikmati pemandangan indah matahari terbenam di pantai Tanjung Aru sebelum pulang ke Semenanjung.


💖 Cantik sungguh kan😍

Best kan bercuti dalam negara kita yang tercinta ini, banyak yang boleh di lawati lagipun Dekat Jer

Oh yer, jika nak dapatkan tempat penginapan dan tiket kapalterbang yang berbaloi dengan diskaun yang menjimatkan poket anda,  anda boleh ke  web traveloka.


Jumaat, Mei 12, 2017

Boleh ker Bayi Tidur Posisi Telungkup/Meniarap

Assalamualaikum semua

Sejak anak anak akak masa baru lahir, ada masanya bila anak payah nak tidur terlentang, akak akan tidurkan dalam posisi telungkup/meniarap.


Tapi bukan semua, cuma 3 orang anak yang suka meragam masa dalam hari/pantang.


Bila tidur posisi sebegini, memang tak boleh tinggalkan bayi jauh tau, sebab bayi ni tak pandai lagi mengangkat kepala, biasa dalam pantang mak memang suruh berehat ajer dengan bayi tidur kat sebelah kecuali nak makan dan ke tandas ajer baru berjauhan kejap.  


Tapi biasanya mak akan ambil alih jaga bayi, masa sekarang ni, Yana memang akak tak bagi sangat tinggalkan bayi sorang, kalau nak mandi atau makan jarang bayi sorang.




Kebaikan Bayi Tidur Meniarap
  • Nanti kepala bayi bulat taklah kemek kat belakang kepala.
  • Lebih cepat kuat kat leher, bahu dan dada bayi, makin cepatlah nanti bayi merangkak.
  • Dikatakan bagus tau untuk perkembangan otak bayi.
  • Bayi akan tidur lebih lama dan lena.
  • Taklah bayi senang dapat kembung perut.
Dah tentulah ada pulak keburukan pula.
  • Meniarap akan memberi tekanan pada rahang bayi dan menyebabkan  saluran nafas sempit.
  • Meningkatkan risiko SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)
  • Apabila bayi tersembam, mereka tidak kuat mengangkat semula kepala untuk membolehkan mereka membetulkan kedudukan kepala dan bernafas.
Langkah Keselamatan Tidur Meniarap
  • Menggunakan tilam yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras yang boleh menenggelamkan muka bayi.
  • Tidak menggunakan bantal, alas tilam atau sebarang mainan berdekatan dengan muka bayi.
  • Memastikan selimut sentiasa berada di bahagian bawah paras dada.
  • Sentiasa awasi bayi anda ketika mereka tidur.
  • Pastikan jarak anda tidak jauh dari bayi dan jangan biarkan bayi tidur.

Isnin, Mei 08, 2017

Cara Buat Siakap Kukus Seri Wangi

Assalamualaikum semua

Makanan dalam pantang serta sesuai untuk orang yang nak diet.  Selalu buat masa anak dalam pantang sebab yang makan cuma akak dan anak perempuan.  Suami kurang suka masak macam ni.

Dah beberapa kali dah dah tepek kat blog.


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan siakap, saiz sederhana
1/2 camca teh garam
1 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah kisar


BAHAN-BAHAN DISATUKAN :-)
3 camca besar jus limau kasturi
1 camca besar minyak jagung
1 1/2 camca teh gula
1/2 camca teh garam
10 biji cili padi, hiris halus
2 batang serai, ambil bahagian putih dan hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus-tukar daun ketumbar
1 helai daun limau purut, hiris halus
1/2 inci halia, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 kiub pati ikan bilis, hancurkan-tak letak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siang ikan siakap, cuci dan gaul dengan sedikit tepung gandum dan jus limau nipis. Perap 15 minit, kemudian cuci bersih dan lap kering dengan tissue dapur. Sementara itu masukkan semua bahan2 yang disatukan ke dalam mangkuk dan kacau rata hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan kukus, sediakan bekas tahan panas. Sapu dengan sedikit minyak jagung pada bekas tadi. Ikan siakap dikelar sedikit, kemudian lumur dengan garam, serbuk lada sulah dan tepung jagung, rata-rata termasuk bahagian dalam perut ikan. Letak dalam bekas tahan panas tadi.
  3. Tuang bahan2 yang disatukan atas ikan, ratakan termasuk dibahagian dalam perut ikan. Kukus selama 10 minit, atau hingga isi ikan bertukar putih. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain

Jumaat, Mei 05, 2017

Makan Sedap Di Batu Pahat-Kedai Makan Pokok Sena

Assalamualaikum semua

Sejak Yana dah tinggal di Batu Pahat kerana bertugas kat sana, merasalah akak jalan jalan cari makan kat sana.

Pernah cuba makan kat nasi Nasi Beriani Taman Soga, makan mee racun dan Kelab Kopi Cafe

Bila nak makan tanyalah mereka sebab mereka pun suka gak makan makan kat luar.  Kali ni kami makan kat Kedai Makan Pokok Sena, sebab kedai ni memang terletak di bawah pokok sena yang besar.


kami sampai dalam pukul 2 lebih, makanan banyak habis macam asam pedas cuma tinggal asam pedas ikan pari dan sayur terung.  Suami makan nasi dengan lauk yang ada
 akak cuba makan soto👍
ira makan mee bandung, pedas gak aaa😍
Masa pergi kali pertama nasi baryani dah habis, warung ni terletak bersebelahan ajer
Kali kedua kami pergi awal sebab nak tapau bawa balik ke rumah, harga taklah mahal sangat, rasa pun ok.  Ni bagi tekak akak anak beranak, kalau tak sedap kat tekak anda jangan salahkan akak yer😌

Alamat :
Nasi Baryani Pokok Sena
Taman Batu Pahat Batu Pahat, 
Jalan Cengal, Taman Makmur, 
83000 Batu Pahat, 
Johor

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...