OOO

Rabu, Ogos 30, 2017

Resepi Brownies Kedut Mudah dan Sedap

Assalammualaikum semua


Kalau nak di ikutkan buat brownies ni paling mudah sebab guna whisk sahaja, tak payah guna mixer.  Pernah dulu buat sekali tapi tak berapa menjadi.  Kali ni guna resepi yang lain, yang buat bukan akak tapi dak Ira yang teringin nak makan,

Bahan-bahan 
400 gm Dark coklat Couverture atau coklat Compound
150 gm mentega
170 gm gula perang - kalau guna gula castor kurangkan menjadi 150gm sahaja
4 biji telur saiz A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko
Secubit garam kasar

Walnut yang di potong kecil-pilihan



Cara penyediaan

Panaskan oven pada suhu 160C

Cairkan butterdan garam kasar menggunakan double boiler atau microwave. Kacau rata.

Coklat dipotong halus dan cairkan mengunakan kaedah double boiler atau microwave. Kacau rata.

Note : Boleh je cairkan coklat dan butter sekali menggunakan double boiler atau microwave

Tepung digaul bersama serbuk koko dan diayak.

Satukan telur, butter cair, gula  castor dan gula perang dalam mangkuk besar. Masukkan esen vanila. Mengunakan senduk kayu atau sudu, kacau sehingga sebati semua bahan termasuk walnut


Masukkan tepung diselang seli dengan coklat. Simpan sedikit coklat untuk dimasukkan akhir sekali. Kacau rata adunan.

Akhir sekali masukkan baki coklat cair dan kacau kaup 3-4 kali menggunakan sudu.

Masukkan adunan dalam loyang 10 x 10 inchi. Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan tadi.

Masak selama 30-40 minit. 

Cara nak pastikan brownies tak terlebih bakar ialah dengan menggunakan cake tester yang dicucuk pada kek. Sekiranya brownies belum masak, bilah tester akan dilumuri dengan adunan kek. Jika sudah cukup-cukup masak, sedikit gumpalan kek akan lekat di bilah tester. Boleh terus tutup suis oven.

Biar sekejap brownies dalam oven yang direnggangkan pintunya dalam 10-15 minit.

Sejukkan brownies pada suhu bilik selama beberapa jam sebelum dipotong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...