OOO

Khamis, Ogos 31, 2017

Resepi Rendang Ayam Kesukaan Anak Anak

Assalammualaikum dan salam sejahtera
Hari ni hari cuti sempena hari kebangsaan negara tercinta, panjang betul cuti kali ni sebab bersambung sehingga ke hari Isnin di sebabkan negara kita menang banyak pingat emas, PM umumkanlah cuti.

Nasib baiklah akak dah beli barang keperluan nak masak untuk hari raya aidil adha kat Pasar dekat rumah.  Semalam pun masa beli ayam kat pasar, kena tunggu agak lama sebab ayam dah siap bersih ajer, sekejapan dah habis.  Mahal betul ayam, sekilo dah dekat RM9.00..

Kalau anak anak tak balik ke rumah, memang tak masak sangat pun, tapi bila semua balik kenalah masak tapi taklah banyak sangat.

Suami pulak nak anyam ketupat, kenalah beli daun kelapa, harga sekarang ni dah RM12, nasib baik ada yang pandai anyam, kalau beli yang siap memanglah lagi mahal.

Kalau nak masak rendang ayam, memanglah akak buh rempah, ada orang tak suka, terpulanglah pada selera masing masing.


Bahan-bahan A:

Seekor ayam  (anggaran 2 kg) – potong 12
3 cawan santan pekat 
2 cawan air 
4 sudu besar kerisik
4 keping daun kunyit – dihiris halus
2 helai daun limau purut-carikkan
1 batang serai – dititik
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan-bahan B -kisar
15 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
6 batang serai -potong kecil
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
Air secukupnya



Bahan-bahan C (rempah): sangai/goreng tanpa minyak
15-20 cili kering-belah tengah basuh pastu tos
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu keci serbuk lada hitam


Cara menyediakannya
1. Sangai bahan-bahan bertanda C dan sejukkan sebelum di kisar hingga halus. Ketepikan.
2. Kisar pula bahan B dan ketepikan.
3. Bersihkan ayam dan toskan.
4. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan bila minyak panas, tumis bahan-bahan C.
5. Setelah naik bau baru masukkan pula bahan-bahan bertanda B yang telah di kisar.
6. Bila dah naik bau, masukkan ayam , gaul rata dan biarkan kecut sekejap.
7. Masukkan pula santan pekat dan 2 cawan air. Biarkan santan merenih.
8. Bila sudah agak pekat masukkan kerisik dab garam, rasa dan kacau sebati sehingga kering sedikit.  Masukkan hirisan daun kunyit baru di padam api.
9.  Bolehlah di hidangkan bersama nasi impit, lemang ataupun ketupat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...