OOO

Sabtu, September 02, 2017

Resepi Popia Sayur

Assalammualaikum dan salam sejahtera


Aduhai beli kuih sekarang ni rata-rata dah 50 sen, kalau beli popia 60 sen, kalau anak ramai baiklah buat sendiri,

Bahan-bahan
3 biji bawang putih-dadu
1/2 bawang besar - dadu
udang - cincang
1 batang lobak merah-potong batang mancis
Taugeh RM1.00-buang ekor
1/2 biji sengkuang
1 peket kulit popia
sedikit minyak dan garam
1 biji telur
minyak untuk mengoreng
Cara-caranya
Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau
Masukkan udang dan kacau sehingga sebati.
Masukkan  lobak, garam, sengkuang dan kacau sehingga lembut baru di masukkan taugeh.
Akhir sekali masukkan telur dan kacau sebati dan bolehlah di angkat.
Toskan sayur sebelum di gunakan.
Sejukkan sebentar dan bolehlah di di gulung dengan kulit popia.
Goreng dengan api kecil sehingga keperangan

p/s sos selalunya akak guna sos cili thai sebab malas nak buat😊

3 ulasan:

  1. Yang ni kalau makan memang bertambah :)

    BalasPadam
  2. Sedap dan mudah. Puas hati kalau buat sendiri kan. Boleh letak apa sahaja yang kita nak. Kalau kat kedai tu, sayur semata la.

    BalasPadam
  3. Sedap dan mudah. Puas hati kalau buat sendiri kan. Boleh letak apa sahaja yang kita nak. Kalau kat kedai tu, sayur semata la.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...