OOO

Rabu, November 08, 2017

MEE HAILAM D'PERAK DI PARIT

Assalammualaikum semua

Bila pertama kali nak cari tempat tidur kat Seri Iskandar sebab konvo Ira, banyak bilik kehabisan disebabkan ramai pengunjung.  

Biasalah bila konvo bukan ibubapa sahaja yang hadir, adik beradik dan saudara mara pun tumpang seronok dapat meraikan kejayaan kerabat mereka.

Puas cari dalam booking.com, akhirnya kami bermalam di Lanai Casaurina@Cempaka Sari yang terletak lebih kurang 15 minit dari Seri Iskandar.  


Seumur hidup kami tak pernah jejak kat Parit ni, al maklumlah kami ni ashiklah ke selatan jer.  Bila google nak cari makan sedap kat Parit, terjumpa ada tempat jual mee hailam Syamok, tapi yang jual orang Cina. 
Pagi pertama akak pegi ke Pasar Parit, borak boraklah dengan penjual baulu, bila akak tanya tempat mana makan sedap beliau syorkan kami makan mee hailam buatan orang islam.
Nasib baik kami datang hari biasa lepas maghrib terus keluar, lagipun tak jauh dari Lanai, pelanggan masih  tak ramai lagi.  

Jangan bayangkan kedai ni ada aircond, cuma kedai biasa macam kat kampung kampung. 

Tapi sayangnya cuma ada mee hailam yang basah, yang kering mereka tak buat malam tu.
Makan dengan cili jeruk ...sedapp tapi kena ambik sendiri lah yer
 biarlah gambar berbicara, jangan lupa yer singgah makan Mee Hailam D'Parit ni.  Buka cuma sebelah petang hingga ke malam.

Bila habis makan, makin lama makin ramai orang..fuhh nasib baiklah tak payah tunggu lama.

Terletak di 
Kampung Tengah

p/s No hp 017-528 9904- kalau weekends memang ramai katanya, baik call/wasup buat tempahan.




1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...