OOO

Khamis, April 26, 2018

RESEPI KARI KETAM TUMIS DARAT YANG SEDAP

Assalamualaikum semua

Makin dekat semakin banyak pulak kata mengata dalam dunia politik.  Naik geram bila ada yang membodohkan dan memaki hamun sesama orang islam.




Suka sangat membodohkan orang lain padahal diri sendiri bukannya pandai pun. PRU 14 ni banyak orang menggunakan medium sosial media demi mendapatkan perkembangan terkini.

Belum lagi penamaan calun, dah mula netizen berbalas komen di mana, dah tentulah mereka penyokong tegar tak suka bila parti mereka di kecam.


Selalunya akak suka masak lemak cili api ketam campur nanas, kali ni nak tukar selera pulak.  Kebetulan rempah kari ikan yang beli kat Kepala Batas ada lagi, dah tentu kari lagi umphh.

Ada dua cara masak camni, ada yang suka lebur ajer rempah kari dalam rebusan ketam, akak lebih suka tumis dulu bawang, halia dan rempah, lagi kaw rasanya.


Berdasarkan pengalaman otai-otai dalam bidang masakan, masak kari ketam cara tumis darat ebih sedap daripada cara tumis biasa di sebabkan aromanya lebih wangi.

Bahan utama dah tentulah
4 ekor ketam
1 cawan santan pekat
2 sudu besar rempah kari ketam/udang/ikan
minyak secukupnya
air 2 cawan
2 biji cili hijau
garam

Bahan tumbuk
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia

Bahan tumis darat

1 sudu kecil halba
1 tangkai daun kari
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang merah-hiris
1 biji bawang putih-hiris
3 cili kering-optional
minyak untuk menumis


Cara-caranya:
1. Buang kulit ketam dan basuh ketam,
2. Masukkan ketam dan air di dalam periuk dan biarkan mendidih.
3. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan rempah kari bersama sedikit air, gunakan api perlahan sehingga terbit minyak.
4. Bila mendidih masukkan santan, cili hijau dan garam.
5. Panaskan minyak di dalam kuali dan umis bahan-bahan tumis darat sehingga garing. 
6. Tuang bahan-bahan tumisan tadi di dalam kuah ketam. Tutup  periuk agar bau aroma  bahan-bahan tumisan bercampur dengan kari ketam.
7. Kacau rata sebelum di hidangkan

Isnin, April 23, 2018

RESEPI KUIH KOCI BERSANTAN

Assalamualaikum semua

PRU 14 kali ni, memang hebat penangannya terutama sejak ada social media.  Setiap orang ada yang pendirian masing-masing tapi akak tak suka dengan sikap orang yang maki hamun, cakap mengarut menggunakan bahasa kasar yang makin menjadi jadi bila semakin hampir tarikh pengundian pada 9 Mei nanti.


Ada bermacam macam kuih koci ni, ada yang campur dengan labu, ada yang buat campur pulut hitam yang dah ada siap di jual dah kat kedai runcit.  Tak payah lah nak mengisar pulut hitam, pastu nak ayak.

Kalau guna labu, kukus ataupun rebus sampai lembut pastu lenyek hingga halus dan di campurkan dengan tepung pulut.

Dulu masa anak anak masih kecik, akak pulak suri rumah tangga sepenuh masa, kebetulan jiran yang dapat tapak berniaga di bazar ramadhan suruh akak buat kuih muih dua hingga tiga jenis.

Salah satunya yang akak buat ialah kuih karipap, koci dan kuih keria.

Hari ni teringinlah pulak nak buat, walaupun cuma ada dua orang yang makan.


BAHAN-BAHAN UNTUK INTI:- 
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua) 
1 ketul gula melaka 
1 cawan gula pasir 
2 helai daun pandan, disimpul 
1/2 cawan air 
1 sudu besar tepung gandum

BAHAN2 UNTUK DOH:- 
2 cawan tepung pulut 
1 sudu besar tepung jagung
1 1/2 cawan air
BAHAN-BAHAN LAIN:- 
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci. Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh) 
UNTUK INTI:- 
Kelapa diparut putih. 
Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. 
Masak hingga gula hancur. 
Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. 
Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. 
Masak hingga inti agak kering sedikit kemudian tabur tepung gandum untuk melekatkan inti.
Angkat dan sejukkan. 
Bulat-bulatkan inti bila nak sejuk sebab senang nak masuk dalam adunan doh.
UNTUK DOH
Satukan tepung pulut dan tepung gandum dalam satu bekas. 
Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. 
Jika kurang air tambah sedikit lagi.

UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:-
Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi. 
Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu inti kelapa.
Tutup inti dengan doh dan bubuh satu camca teh santan pekat. 
Kemudian lipat seperti biasa. 
Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. 
Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing-masing.

(Bahan-bahan untuk kuah santan pekat)
2 sudu besar tepung beras
2cawan santan pekat
sedikit garam
Cara-caranya
Campurkan tepung beras dalam santan pekat
Kacau sebati dengan whisk dan masukkan garam..
Masak adunan ni sehingga pekat.
Ketepikan

Jumaat, April 20, 2018

MESEJ-MESEJ YANG HUKUMNYA HARAM*-INFO DARI JAKIM

*MESEJ-MESEJ YANG HUKUMNYA HARAM*

Mesej berantai dijatuhkan hukumnya *SYIRIK* kerana seolah-olahnya manusia yang berkuasa menentukan *qada* dan *qadar* yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Contoh mesej mese :-

1. Sebarkan sekarang. Sekiranya anda tidak menghantar mesej ini, itu bermaksud anda telah dibisikkan oleh syaitan. Terpulanglahhh.......

2. "Sesiapa yang tidak menghantar mesej ni, akan ditimpa musibah" .

3. "Sesiapa yang menghantar mesej ini dalam masa dua jam, orang yang tersayang akan datang ke rumah anda".

4. "Siapa yang mengabaikan mesej ini, anda akan kehilangan orang yang tersayang".

5. "Siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang, dalam masa 4 jam, anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah".
p
6. "Hantar mesej ini kepada sekurang-kurangnya 12 orang, anda akan mendapat berita yang baik dalam masa 2 jam",

Ada bermacam-macam lagi mesej dalam bentuk seperti yang di atas yang perlu diabai & *dihentikan segera*.

Senang cerita, ia berkait rapat dengan perjanjian yang berbentuk ganjaran atau musibah yang ditetapkan oleh manusia sendiri.

Manusia adalah tidak layak untuk menjatuhkan sesuatu hukum ke atas sesama manusia melainkan atas sebab-sebab yang tertentu..........

Teguran serta nasihat untuk semua sahabat dan rakan-rakan. Untuk umat islam, mesej berantai begini adalah *HARAM*.......!!!!!!!

*Viralkan biar semua orang tahu.......*

*Daripada :
*Bahagian Dakwah,*
*JAKIM, Malaysia.*

Isnin, April 16, 2018

SAGU GULA MELAKA SEDAP DAN MUDAH NAK BUAT

Assalamualaikum semua

Bulan puasa hampir tiba, ramai kaum wanita dah mula mengganti puasa, al maklumlah orang perempuan kan ada ABC setiap bulan.👀

Yang tak datang perempuan yang dah putus haid dan yang sedang mengandung.😁

Akak suka gak buat sagu gula melaka  ni, nyaman jer masuk ke dalam tekak, tak yah kunyah.  Selain dari menggunakan santan boleh ajer guna susu sejat.😋 

Kali ni akak tak guna apa apa warna pun, buat pencuci mulut untuk kami berdua.

Bahan-bahan
  • 300 gm biji sagu (warna putih)
  • 2 liter air

Untuk sirap gula
  • 1 ketul gula melaka, potong kecil
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan air
  • 1 helai daun pandan-di siat-siat
(masak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)
  • 1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam (*boleh ganti dengan susu sejat)

Cara Menyedia
1.  Didihkan air kemudian masukkan daun pandan.
2.  Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih.
3.  Masak sagu berubah jadi jernih. Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2 - 3 minit. 
4.  Angkat sagu tadi dan toskan serta cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya. 
5.  Toskan dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan. 
6.  Simpan dulu dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.

Jumaat, April 13, 2018

DOA HARI JUMAAT

📚🌹 *ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ سموا صحابت يڠ درحماتى دان دکاسىهى الله*

*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*

*اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ*

🍃📿 _السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
                                       
Doa Hari Jumaat. .
             
  بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ   
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
   
                           
Ya الله, 👏 janganlah Engkau sibukkan diri kami dan  lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kepada Mu Ya الله.

Ya الله, 👏berikan kepada kami jalan petunjuk kebenaran mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang  beriman dan bertaqwa.

Ya الله, 👏terima kasih di atas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini.

Ya الله, 👏jadikanlah hari ini penuh semangat, dimudahkan rezeki, kesihatan yang baik, mendapat ilmu yang bermanafaat dan terlepas dari segala kesulitan.

Ya الله, 👏ampunkanlah dosa dosa kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.

Ya الله, 👏kami memohon ke pada Mu kebaikan, kemenangan, pertolongan, cahaya, keberkatan dan petunjuk hari ini dan selama-lamanya.

Ya الله, 👏permudahkanlah segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia.

Ya الله, 👏tanamkanlah perasaan kasih sayang kami kepada sahabat kami dan tanamkan perasaan kasih sayang mereka kepada kami dan semoga hubungan saliturrahim antara kami senentiasa teguh.

Ya الله, 👏kami berdoa Ya Allah muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami  dan luaskanlah rezeki kami dan moga segala urusan kami dipermudahkan.

Ya الله, 👏kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkan kami dari segala Musibah

Ya الله, 👏terimalah semua amal ibadah kami dan mudah²an ia dapat menerangi kubur kami.

Ya الله, 👏perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami,  semoga kami bebas dari seksa kubur.

Ya الله, 👏tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut.

Ya الله, 👏peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaran Mu agar kami tidak disiksa dipadang mashyar.

Ya الله,  👏sesungguhnya Engkalulah yang  menetapkan rezeki kami,  Engkau lapangkanlah kami. Ya Allah, 👏 janganlah kami tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Ya Allah, Ya Rahman, 👏berilah kami ketakwaan dalam mencari rezeki.

Ya الله, Ya Rahman, 👏tunjukkan kepada kami perkara yg benar itu adalah benar dan rezkikan kepada kami utk kami melakukannya dan Ya الله, Ya Azizz..👏 Tunjukkan kepada kami perkara yang Bathil  itu adalah Bathil, dan rezkikan kepada kami agar kami  tidak melakukannya..

اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا.
“Alloohummaghfirlii waliwaalidayya war hamhumaa kama rabbayaanii shagiiraa”.

Artinya :  “Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan Ibu Bapa kami, sayangilah mereka seperti mereka telah menyayangi kami di waktu kecil dahulu” 
dan َYa الله, 👏kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya الله,  Ya Ghaffar 👏 ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak suami,isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada, samada yg masih ada hidup atau telah meninggal dunia. 

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untuk Mu Ya الله,                                                

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً و َقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ 

Rabu, April 11, 2018

RESEPI CEKODOK/CUCUR IKAN BILIS AIR PANAS SEDAP DAN LEMBUT

Assalamualaikum semua

Kadang kadang buntu gak nak buat sarap aka breakfast pepagi.  Kalau ada tepung gandum bolehlah godak cekodok/jemput-jemput/cucur ikan bilis ni.


Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum*
1 sudu makan tepung beras*
2 1/2 cawan air panas mendidih
Ikan bilis *-tumbuk kasar
2 biji bawang kecil-tumbuk kasar*
Sedikit daun sup dan bawang-hiris*
Garam secukup rasa*
Minyak masak secukupnya

Cara-caranya
1.  Gaul semua bahan bertanda*.
2.  Buat lubang di tengah baru di masukkan air mendidih sedikit demi sedikit dan kacau cepat sehingga menjadi doh yang kental menggunakan pemukul telur/senduk kayu . Jangan guna tangan sebab takut nanti melecur tangan.
3.  Bila dah suam barulah boleh di gaul dengan tangan.
3.  Sapu tangan dengan sedikit minyak dan bulat-bulatkan adunan ikut citarasa anda.
4.  Goreng gunakan api sederhana sehingga berwarna kekuningan.
5.  Hidangkan bersama sos cili.

Tips
*Air Panas kena bagi betul betul  panas dan baru mendidih ya, baru tepung tu masak dan bila goreng jadi ranggup di luar dan lembut di dalam. 

Isnin, April 09, 2018

MINYAK PAKET VS MINYAK BOTOL?

Assalamualaikum semua

Sekarang ni bahan masakan dan untuk rumah dah naik, sikit memang tak terasa bila beli banyak memang terasa sangat.

Ingat lagi dulu dulu kalau beli kat Giant harga RM400 boleh dapat 2 troli, sekarang ni suku troli pun dah beratus.

Nak berjimat kena beli barang yang tak berjenama tapi kualiti mesti ok.  Banyak sekarang ni produk yang yang tak ada jenama menawarkan harga yang murah.

Yang paling terasa ialah minyak masak, dulu harga RM13.90 terus naik ke RM22.90 bergantung kepada jenama.  Bagi orang melayu masakan dan kuih muih bergoreng memang selalu ada di rumah macam karipap, keropok lekor dan yang lain lain.

Dah tentulah minyak masak menjadi barang wajid setiap rumah kan.  Bila akak tenguk harga minyak paket yang murah, teringin gak nak cuba.  Bila tanya pendapat kawan kawan di facebook ada pelbagai komen yang mereka berikan.


Nenie

Saya guna myk botol... Dulu kualiti ia berbeza...klu paket ia cepat keruh, dlm botol myknya jernih sikit walau 2~3 kali guna utk goreng cekodok/keropok...
Tp skrg saya perasan, myk botol dah tak sejernih dulu dan kuning sikit kalernya... Yg paket skrg, saya tak tau kualiti ia sbb susah nk jumpa


Siti Ruhayu 
Tak kisah janji minyak masak. Sbb keduanya ayu guna

Khai
Same je kak saya gune. Dedua sy pakai. Biase kalo bli brg dapur beli 1 botol yg sederhana pastu yg paket beli 3. So topup je .... Biase yg botol sy simpan time darurat bru gune. Heeeeee

Suzie 
Walaikumsalam sy guna myak Pekat Klu mggoreng Oke je Klu masak2 bru Guna mnyak botol

Umiey Roses
Isi Myk peket lbh byk Dr Myk botol

Aziemas Noor 
Saya guna 2 tu peket blh botol boleh..peket susah nk dpt skg ni..limited, maka saya beli botol kecik2, lg jimat 😁😁😀😀, kdg stok ni sampai 6 bln hehhehe

Ratna Husna 
Sblm harga minyak masak naik saya guna minyak 5kg. Lepas naik mendadak sy beli yg peket. Tp skrg sy beli botol 1kg punya sebab harga mampu milik berbanding yg botol 5 kg jauh bezanya... lg untung botol 1kg. Tp yg peket paling murah.

Nazlynn 
ntah la ngah..mcm xde beza ye..yg pasti minyak paket murah..rn2.50 1 paket..lin guna utk goreng ayam/ikan..kopok2 ke...nugget...so far..ok je ngah..ada gak yg minyak oaket jenis keruh..tp toksah le abik yg tu..😝😝😝



Kamal
Kalau boleh elakkan guna minyak paket sebab ia minyak recycle.Tak baik utk kesihatan.

Nizza 
Kak ina...so far yg saya dpt tahu, minyak peket tu adalah minyak yg telah diguna dan telah direcycle semula...kita tidak tahu punca dpd mana yg tlh diguna itu..agak meragukan...yg dlm botol adalah minyak baru yg belum diguna...saya menggunakan minyak ALIF, keluaran Felda...boleh diyakini halalnya

Junaina 
Minyak paket je kak, sekali dua guna buang je. Setakat ini kualiti menggoreng sama sahaja.


Noorsha Adam 
Saya guna botol..tapi kalau terdesak sgt cari yg paket.. Tu pun tak bli brand sebarangan... Kat taman sy ade jual yg paket brand sri murni.. Baru berani beli..kalau takde saya sanggup drive pegi econsave beli minyak botol 1 kg... Sb. Pernah tgk dokumentari tv3, minyak paket tu kebanyakannya minyak kitar semula


Nasi Lemak Seremban 
guna paket jer kak kalau bleh cap ketupat ataupun cap bagus warna jernih sket

Nona Haryatie 
My friend buat uji kaji the best quality oil ialah minyak sawit ... so guna minyak sawit.. yg selamat dlm botol lah... tapi hanya boleh guna 2kali tak lebih dari itu... nanti saya tanya beza dlm plastik n botol.
Dia cakap kemungkinan plastik tu yg recycled bukan minyak. .. tapi bila minyak di letak dlm plastik yg di recycled tak bagus..

Nor Aznim 
Ok je guna minyak peket.
Skang ni seri murni dan bbrp brand lain ada buat myk peket.
Sebenarnya anak yg berniaga ckp,myk peket utk kegunaan rmh.
Myk botol utk berniaga😃.
Tp sy guna dua2.takde masaalah.


Puan Bee
 sejak minyak naik beli paket aje la..dulu beli tong besar tu ..baru rm13.. skrg dah lebih dr tu harga dia ..

Cahaya Leana 
Rasanya myk peket dgn botol sama je..permainan diorg ni..kalau betul myk recyle byk2 tu nk dpt dr mna..bukan sikit keluaran diorg...cerr kita kira..dulu myk boleh dpt harga rm13 5kg kan utk satu botol...kalau paket 5kg rm12:50...maknanya myk botol tu pun myk yg sama kualiti cuma + 50sen utk botol..jd la rm13
Ada yg kata myk botol yg mahal tu cuma brand diorg je dh terkenal sbb tu jual mahal. 

INFO SEBENAR MINYAK PAKET

Untuk pengetahuan semua, asasnya minyak masak ini adalah berasal dari minyak sawit mentah yang diproses dan kemudiannya disebut sebagai "RBD (refined, bleaced and deodorized) Palm Olein" atau "Minyak Sawit (diperhalusi, dijernihkan dan dinyahbau)".

Di pasaran kita akan lihat ada yang dijual secara paket dan dijual secara botol. Apa beza kedua-dua jenis ni?

"Minyak masak paket" yang dibungkus dalam paket 1KG adalah minyak masak yang dikawal oleh kerajaan dan hanya boleh dijual pada harga subsidi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. 

Manakala minyak yang dijual di dalam botol atau bungkusan bersaiz selain dari itu, adalah tidak dikawal oleh kerajaan dan terpulang kepada pengeluar untuk menentukan harganya berdasarkan pasaran semasa.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa minyak masak botol tidak semestinya lebih berkualiti daripada minyak masak paket. 

Ada minyak masak botol yang mempunyai kualiti yang sama dengan minyak masak paket dimana pengeluar hanya membotolkan minyak masak yang sama dengan minyak paket tanpa melakukan sebarang proses tambah nilai kepada minyak tersebut dan boleh dijual pada harga yang lebih tinggi.

Walaubagaimanapun, kebanyakan jenama minyak masak terkenal akan melakukan proses tambah nilai atau tambah baik kepada minyak masak yang dijual secara botol bagi meningkatkan kualiti produk mereka. 

Antaranya ialah proses penapisan ulangan bagi meningkatkan kejernihan dan mengurangkan titik awan (cloud point).

Minyak masak paket kebiasaannya sedikit gelap dan mempunyai titik awan yang lebih tinggi (CP 8 ) manakala minyak masak botol yang ditambah baik akan lebih jernih dan mempunyai titik awan yang lebih rendah (CP 6). 

Minyak masak dengan titik awan lebih tinggi akan lebih cepat membeku apabila suhu menurun.

Kebiasaannya takat gorengan minyak masak botol yang ditambah baik adalah lebih sedikit berbanding minyak masak paket atau minyak masak botol yang tidak ditambah baik sebanyak beberapa kali gorengan. 

Penggunaan minyak yang berulang-ulang juga akan mengubah sifat minyak dan mengurangkan takat didih minyak dan akan memberikan kesan kepada kualiti gorengan.

   
Rumusannya


-mana-mana minyak masak boleh digunakan selagi ada label SIRIM untuk menjamin kesihatan kita. 

- pilih yang berkualiti tinggi dan berkhasiat dan tanpa kolestrol dan di jamin kebersihannya.
-di yakini halal dan bersih (Halalan Toyiban)

Bukan semua mampu nak beli minyak yang tak ada subsidi kan..biarlah beli yang paket pun tak apa, janji masak kat rumah.

Akak pun kadang kadang beli gak minyak peket tapi yang ada jenama macam Seri Murni. 

Makan kat luar pun dah mahal sesangat.

Tepuk dompet baru beli tau

Jumaat, April 06, 2018

RESEPI AYAM MASAK UNGKEP ALA JAWA SEDAP

Assalamualaikum semua

Masakan ayam ungkep ni asalnya dari jawa, dulu dulu nenek moyang kita kan kebanyakkannya dari negara seberang.  

Tak hairanlah banyak masakan kita cara memasak dan bahannya adalah sama, cuma kadang kadang nama ajer berlainan.

Akak lebih suka gunakan ayam kampung bila masak ayam masak ungkep ni, yang bestnya tak yah guna santan.  Akak ambil resepi dari Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 600 gram ayam, potong saiz sederhana
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf-Yatie guna yg kering je
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 1 tangkai cili hijau
  • 10 - 15 biji cili padi merah
  • 1 camca besar ketumbar
  • 1/2 camca teh jintan kasar
  • 1/2 camca teh jintan halus
  • 3/4 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serai dan daun salam @ bay leaf, kacau rata dan masukkan ayam.
  3. Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
  4. Tuang air secukupnya (anggaran tenggelam ayam).Tutup dan biarkan mendidih dengan api yang sederhana.
  5. Masukkan asam gelugor dan juga gula merah serta garam.
  6. Masak dengan api sederhana hingga kering.
  7. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masak sekejap, dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...