OOO

Khamis, Julai 12, 2018

UBAT MATA ANAK KUCING/HARGA UBAT MATA KLORAXIN

Assalamualaikum semua

Bila ada anak anak bulus kat rumah ni, kenalah google cari pelbagi info tentang penjagaan anak kucing.

Mula tenguk mata mula berair dan bertahi bila mak kucing ni dah mati dekat seminggu lebih.  Bila di biarkan makin lama making teruk sehingga hampir terjojol biji mata.

Selalunya tugas mak kucing ialah mencuci mata dan badan anak kucing, mak yang menjaga setiap anak anaknya akan setiap hari  menjilat/membersihkan bulu anak kucing.   

Bila mak kucing dah matI, mula mata anak kucing mula berair dan tahi mata berkumpul dan mula banyak infection.

Mulalah anak kucing kurang nak makan dan minum ..macam baby gak aaa

Mula mula tak tau akak guna wipe tissue, bila google rupanya tak boleh.  Kena guna air suam dengan tisu biasa bersihkan dulu segala yang melekat di tepi mata.  Kemudian buh ubat mata yang akak beli di farmasi.

Harganya RM6.00 kat area rumah akak tapi anak akak Yana beli kat farmasi batu pahat baru RM4. Harga ubat di farmasi pun bergantung kat mana kita duk kot, kalau area rumah orang have have boleh pegi sampai belasan hinggit tau.

Ubat mata ni  memang di gunakan untuk manusia, boleh guna gak untuk anak kucing rupanya, tapi dah buh kat mata anak kucing jangan pulak buh kat mata kita atau anak pulak tau.  Belilah yang baru.

Kemainlah orang kat farmasi tu promote lak ubat anti virus ni, apa lagi cairlah hati akak untuk membelinya, terbang duit RM26.90, nasib baik boleh gak guna untuk rumah.

Setiap pagi akak letak ubat mata ni, yang kena 2 ekor, seekor lagi pun akak buh sebab anak anak kucing ni suka bergumpal, dah tentulah senang nak dapat jangkitan.

Anak kucing ni bila tau nak buh ubat kat mata mulalah melarikan diri, akak tak bela dalam sangkar, berkerjaranlah di tepi rumah dibuatnya.

Alhamdulliah dah mula membaik dah. Selera makan pun dah ada, badan pun mula membesar dengan jayanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...