OOO

Isnin, November 19, 2018

CARA BUAT CAPATI LEMBUT

CARA BUAT CAPATI LEMBUT

Assalammualaikum

Suka lak makan capati sekarang ni.

Bahan-bahannya

  • 2 cawan tepung atta
  • 1 cawan air suam (tambah 2 sudu makan jika perlu)
  • 2 sudu besar minyak sayur/jagung'zaitun/minyak sapi
  • secubit garam
  • sedikit minyak/gee sapu atas roti bila dah masak...kalau mau

Cara-caranya


  1. Masukkan tepung dalam sebuah bekas dan masukkan garam dan kacau rata. 
  2. Masukkan minyak dan air sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi lembut.
  3. Uli lagi sehingga 5 minit dan doh jadi licin dan lembut.
  4. Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan dalam 1/2 sehingga 1 jam. Setelah itu bahagikan doh kepada doh yang kecil.
  5. Canai doh (jika melekat taburkan sedikit tepung atta/capati) dan masak dalam non stick pan dengan api sederhana sehingga keluar gelembung kecil.
  6. Angkat dari pan dan letakkan sedikit minyak sapi/marjerin/mentega atas capati yang telah di masak dan ulangi proses sehingga habis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...