Assalammualaikum semua
Heboh gak ek Me Time ni. Pada yang tak tau Me Time ialah waktu terluang buat ibu-ibu samada berkerjaya ataupun suri rumah tangga tanpa kehadiran suami dan anak anak dalam masa jangka tertentu.
Kebanyakkan suami tidak faham perasaan seorang isteri, mereka tak tau ramai isteri yang mengalami tekanan perasaan sebab tiada dapat meluangkan masa untuk diri sendiri.
Mungkin mereka malas nak melayan kerenah anak-anak yang masih kecil. Biasalah selagi anak tak berumur 2-3 tahun, masih ada yang pakai pampers dan masih menyusu.
Bagi ibu yang berkerjaya rasanya mereka tak perlukan sangat Me Time sebab mereka setiap berjumpa dengan rakan pejabat setiap hari.
Ada kawan untuk bercakap, makan minum tanpa gangguan terutama hari Jumaat di mana masa makan amatlah panjang, sempat pergi shopping bila cukup bulan. Macam akak dulu gak yang pernah bekerja masa anak seorang.
Tapi bila dah jadi suri rumah tangga sepenuhnya, anak pulak rapat memang ada masa terasa penat melayan kerenah anak-anak. Nasibbaik masa tu duduk menyewa berdekatan dengan mak abah.
Sekali sekali ambil kesempatan keluar rumah sekejap tapi taklah berjumpa rakan rakan, cuma keluar ke pasar ataupun ke pasaraya membeli barang tanpa gangguan anak-anak.
Kadang kadang bila suami tak bekerja akak akan suruh suami jaga anak-anak, akak naik bas pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman seorang diri terutama di bulan puasa. Bukannya akak beli apa-apa pun, cuma nak hilangkan stress sahaja.
Tapi akak tak setuju jika isteri keluar berhari hari pergi bercuti bersama rakan rakan sebab bagi akak jika bercuti lagi seronok dengan suami dan anak-anak. Ni pendapat akaklah..orang lain mungkin tak sama dengan akak.
Isteri jangan duk diam ajer bila stress duk rumah, berbincanglah dengan suami pasal ME TIME secara baik-baiknya.
Jangan gaduh gaduh pasal hal ini, jika suami kita seorang pendengar yang baik mereka akan benarkan kita keluar seorang diri ataupun dengan rakan rakan atau berjumpa saudara mara. Isteri pulak janganlah ambik kesempatan tau.
Setiap rumahtangga memang banyak dugaan, cabaran yang akan di tempuhi. Suami isteri perlu banyak bersabar, berkorban apa sahaja untuk anak-anak dan suami.
Sekarang ni akak dah banyak masa ME TIME, cuma tak ada lagi nak pot pet pot pet sebab anak anak dah membesar, berumahtangga , dah tuk duk dengan kita.
Tak ada kawan nak lawan cakap sebab akak kurang suka nak mesyuarat tingkap, cuma mesyuarat kat sosial media ajerlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan