OOO

Jumaat, Februari 01, 2019

RESEPI MASAK LEMAK CILI PADI UDANG GALAH DENGAN PUCUK PAKU

😍Assalammualaikum semua

Apa khabar? Lemau betul nak update blog, tak tau kenapa.  Padahal banyak jer cerita yang nak di kongsi.

Fav Yana dan Ira, bukan senang nak jumpa harga yang mampu milik.  Kalau jumpa akak akan beli lebih buat stok.

Bahan-bahan
8 ekor udang galah besar
2 cawan santan pekat atau 1 kotak kecik santan segera
1 cawan air
 1 cekak pucuk paku (kalau nak lebih buh jerlah)
10 -15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai-titik hujung
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit-di siat dan disimpul
garam secukup rasa
 
Bahan-bahan
1.   Siang muda pastu basuh bersih dan toskan, bilas dan toskan.  Bersihkan udang galah.
2.   Tumbuk cili api, kunyit hidup, kunyit serbuk, halia dan sedikit garam sehingga lumat.
#Kalau malas kisar ajer dengan blender jer
3.  Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama 1 cawan santan dan 1 cawan air air.
4.  Biarkan mendidih dengan menggunakan api sederhana dan kacau selalu.
5.  Bila mendidih masukkan udang, daun pucuk paku, 1 cawan santan pekat, daun kunyit dan asam keping bersama sedikit garam.
6.  Bila mendidih sekali lagi,  rasa garam dan baru padam api.

1 ulasan:

  1. Waalaikumussalam.
    Sedapnya akak.
    Ops bukan akak.
    Masakkan itu sedap.
    hihihi...
    Gurau je...
    #jmbelog

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...