Assalammualaikum semua
Bila dah mula terjebak nak bela ros barulah tau banyak juga id ros ni. Hari Sabtu lepas akak pergilah ke satu nursery di Seremban 2 bersama Aiman cucu akak.
Bila sampai kat sana, mak aiii rambang mata dibuatnya bila tenguk pokok bunga ros macam macam warna ada.
Akak rembat 4 jenis yang ada id, nak bela dulu tenguk tangan sejuk ataupun tangan panas.
Salah satunya ialah pokok ros ranuncula, bunganya kecil sahaja tapi bila ambik gambar baru nampak kecantikan bunga ros ini.
Hasil dari google bunga Rose 'Ranuncula' atau party ranunculus dinamakan begitu kerana persamaannya dengan bunga Ranuncula dan dengan kelopak belang yang cantik dan tahan lama sehingga tiga minggu.
Bunga ni tak wangi cuma terserlah warnnya sahaja.
Semuga bunga ros ranuncula/rose ranunculus ni akan tumbuh subur di kebun mini akak.
Bila dah mula terjebak nak bela ros barulah tau banyak juga id ros ni. Hari Sabtu lepas akak pergilah ke satu nursery di Seremban 2 bersama Aiman cucu akak.
Akak rembat 4 jenis yang ada id, nak bela dulu tenguk tangan sejuk ataupun tangan panas.

W'salam Kak Ina..
BalasPadamCantik bunga rose ranuncula Kak Ina tanam.. LZ pun penggemar roses.. Baru-baru ni pergi ke Cameron Highlands semata-mata nak beli roses.. Puas hati bila dapat bawa balik 7 pasu roses.. Harap hidup suburlah sampai ke sudah..