OOO

Khamis, Julai 25, 2019

RESEPI AYAM PANGGANG ROSEMARY & LEMON

Assalammualaikum


Ayam bermacam ayam..ada ayam ...... ayam..masakan ayam pun bermacam-macam rupa, pelbagai rasa.

Masakan yang simple lagi sodap..buat mashed potato tak pun goreng kentang segera tu..cukup buat makan malam kami anak beranak. 

Ambil resepi dari Blog SriRasa BiDara
kalau nak diikutkan lebih kurang sama cam ayam panggang rosemary sedap yang selalu akak buat cuma tambah gula perang dan kiub ayam.

Bahan-bahan :
1 ekor ayam - dibelah 4
5 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - disagat
1 1/2 sudu besar rosemary kering
2 sudu besar lada hitam - tumbuk halus
2 sudu besar madu
3 sudu besar gula perang
Garamsecukupnya
1 kiub ayam
2 biji lemon - hiris
4 sudu besar olive oil

Bahan lain
4 biji kentang - potong 6
2 biji karot - potong kecil-kecil
2 biji tomato - potong 4

Cara-cara :
1. Bersihkan ayam dan ketepikan.
2. Campurkan semua bahan kecuali sayur-sayuran dengan olive oil. Kemudian lumurkan pada ayam. Susun ayam ke dalam dulang.
3. Lebihan bahan lumur tadi, lumurkan pula pada tomato, kentang dan karot dan kemudian susun bersama-sama ayam.
4. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam @ hingga masak.
5. Hidang bersama salad dan sos lada hitam. Sos boleh buat guna air dari panggangan ayam, cuma tambah sedikit susu, serbuk lada hitam dan sos lada hitam. Masak hingga kuah agak pekat.

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...