RESEPI PULUT PANGGANG INTI SAMBAL IKAN
Assalammualaikum
Kat rumah ni kalau time buka puasa makan kuih dulu sebelum makan nasi.
Selalunya memang malas nak buat, kerah suami atau anak gi beli kat param sebab boleh dapat 3 jenis kuih basah dan kering.
Tahun ni jadi sejarah bazar Ramadhan dah tak ada sebab PKP kerana wabak Covid 19.
Kena fikir nak buat apa ek
Terasa nak cuba buat pulut panggang.
Tak pernah cuba buat pun kuih ni. Barang ada kat umah tak payah keluar gi beli.
Puas cari resepi kat blog dan Fb. Banyak yang share guna kelapa parut. Tak gemarlah pulak buat inti kelapa.
Terjumpa resepi dari Puan Amiera Arissa kat fb Masak Apa Hari Ini.
Alhamdulliah biar pun agak renyah nak buat, nak kukus pulut, buat inti, layur daun pisang (nasib baik ada pokok pisang) berjaya gak buat akhirnya.
Patutlah orang jual 50-80 sen ikut besar disebabkan harga bahan mentah dan renyah nak buat.
Akak lebihkan bahan sebab buat lebih nak simpan. Nanti nak makan lagi bolehlah di panas kan.
Bakar atas dapur jer, bila buat sendiri boleh dapat banyak.
Frozenkan yang lebih.
Walaupun bentuk tak sama aaa janji anak dan suami suka.
Salute dgn peniaga kuih buat ratus ratus.
😁IRAAAA
Masak mak dah penat☺️
BAHAN-BAHAN:
(untuk 20 biji)
INTI SAMBAL IKAN:
- 4 ekor ikan selayang @ sardin
(direbus dgn asam keping & garam)
- 8 biji cili kering( dibuang biji)*
- 5 ulas bawang merah*
- 1 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia*
- 2 atau 4 sudu besar gula pasir(ikut suka kat umah tak suka manis)
- 1+1/2 sudu kecil garam halus
- 4 sudu besar santan pekat
- Sedikit minyak utk menumis
** Dikisar halus
CARA-CARA:
1) Tumbuk isi ikan rebus,ketepikan
2) Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak, masukkan santan pekat
3) Bahan tumisan dah nampak nak kering airnya,masukkan isi ikan yg ditumbuk tadi.
4) Perasakan dgn gula dan garam
5) Masak api perlahan,sentiasa kacau sampai sambal kering dan berderai. Akak buat lembab sikit tak kering sangat. Ikut pilihan anda
6) Sejukkan
7) Inti sambal ikan ni ada lebih,boleh buat untuk sukatan 4 cawan pulut😊
** Sambal wajib rasa manis2 sikit baru sedap
BAHAN-BAHAN PULUT:
- 2 cawan beras pulut
(basuh dan rendam 2 jam)
- 1/2 cawan santan pekat
- 4~5 sudu besar gula pasir
- 1+1/2 sudu kecil garam halus
- Daun pisang secukupnya
(dilayur sekejap & lap bersih)
** Kalau guna santan fresh tak perlu letak minyak, kalau guna KARA kena letak 2 sudu makan minyak masak.
CARA-CARANYA:
1) Kukus pulut selama 30 minit
2) Satukan santan pekat, minyak, gula dan garam
3) Kacau sampai gula dan garam hancur, kemudian kukus lagi 20 minit,siap
CARA PENYEDIAAN:
a) Sudukan 1 sudu besar pulut di atas daun pisang
b) Tekan guna daun pisang bagi rata
c) Letak 2 sudu kecil inti
d) Kemudian gulung kemas, cucuk lidi. (Kalau xde lidi, stapler je)
e) Terus panggang atas dapur guna non stick pan atau atas bara lagi sedap. Kalau garing sikit lagi sedap. Bolehlah dihidangkan
SELAMAT MENCUBA!!
Assalammualaikum
Kat rumah ni kalau time buka puasa makan kuih dulu sebelum makan nasi.
Selalunya memang malas nak buat, kerah suami atau anak gi beli kat param sebab boleh dapat 3 jenis kuih basah dan kering.
Tahun ni jadi sejarah bazar Ramadhan dah tak ada sebab PKP kerana wabak Covid 19.
Terasa nak cuba buat pulut panggang.
Tak pernah cuba buat pun kuih ni. Barang ada kat umah tak payah keluar gi beli.
Puas cari resepi kat blog dan Fb. Banyak yang share guna kelapa parut. Tak gemarlah pulak buat inti kelapa.
Terjumpa resepi dari Puan Amiera Arissa kat fb Masak Apa Hari Ini.
Alhamdulliah biar pun agak renyah nak buat, nak kukus pulut, buat inti, layur daun pisang (nasib baik ada pokok pisang) berjaya gak buat akhirnya.
Akak lebihkan bahan sebab buat lebih nak simpan. Nanti nak makan lagi bolehlah di panas kan.
Bakar atas dapur jer, bila buat sendiri boleh dapat banyak.
Frozenkan yang lebih.
Walaupun bentuk tak sama aaa janji anak dan suami suka.
Salute dgn peniaga kuih buat ratus ratus.
😁IRAAAA
Masak mak dah penat☺️
BAHAN-BAHAN:
(untuk 20 biji)
- 4 ekor ikan selayang @ sardin
(direbus dgn asam keping & garam)
- 8 biji cili kering( dibuang biji)*
- 5 ulas bawang merah*
- 1 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia*
- 2 atau 4 sudu besar gula pasir(ikut suka kat umah tak suka manis)
- 1+1/2 sudu kecil garam halus
- 4 sudu besar santan pekat
- Sedikit minyak utk menumis
** Dikisar halus
CARA-CARA:
1) Tumbuk isi ikan rebus,ketepikan
2) Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak, masukkan santan pekat
3) Bahan tumisan dah nampak nak kering airnya,masukkan isi ikan yg ditumbuk tadi.
4) Perasakan dgn gula dan garam
5) Masak api perlahan,sentiasa kacau sampai sambal kering dan berderai. Akak buat lembab sikit tak kering sangat. Ikut pilihan anda
6) Sejukkan
7) Inti sambal ikan ni ada lebih,boleh buat untuk sukatan 4 cawan pulut😊
** Sambal wajib rasa manis2 sikit baru sedap
- 2 cawan beras pulut
(basuh dan rendam 2 jam)
- 1/2 cawan santan pekat
- 4~5 sudu besar gula pasir
- 1+1/2 sudu kecil garam halus
- Daun pisang secukupnya
(dilayur sekejap & lap bersih)
** Kalau guna santan fresh tak perlu letak minyak, kalau guna KARA kena letak 2 sudu makan minyak masak.
CARA-CARANYA:
1) Kukus pulut selama 30 minit
2) Satukan santan pekat, minyak, gula dan garam
3) Kacau sampai gula dan garam hancur, kemudian kukus lagi 20 minit,siap
a) Sudukan 1 sudu besar pulut di atas daun pisang
b) Tekan guna daun pisang bagi rata
c) Letak 2 sudu kecil inti
d) Kemudian gulung kemas, cucuk lidi. (Kalau xde lidi, stapler je)
SELAMAT MENCUBA!!
Banyak-banyak kuih, rasanya pulut panggang yang kena terkam dulu. Memang sedap sangat, lagilah kalau intinya banyak.... hehee.
BalasPadamKat umah ni pun anak anak suka
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamrajinnyer mak buat pulut panggang nih.. :p
BalasPadam