OOO

Rabu, Mei 06, 2020

RESEPI BUAH MELAKA SEDAP DAN MUDAH

CARA BUAT ONDE ONDE

Assalammualaikum semua.
Macam mana Ramadhan kali ini. Berbeza kan.πŸ˜™

Selalunya suami akan singgah beli kueh untuk buka puasa. Kadang kadang Imran atau Ira kena gi beli kalau suami tak sempat.

Sejak Pasar Ramadhan dah tak ada ramai ajer penjual on line kat Salak Tinggi.

Tapi bila di fikirkan kalau beli kena lak charge delivery.πŸ˜™

Kalau satu tempat tak apa jugak. Kalau dua tempat haru gak.πŸ˜”

Nasib baik ada Ira kali ini, bolehlah tolong ke dapur.

Dia teringin nak buat buah Melaka. Ala senang jer kan. Kalau beli 10 ketul dah 3 hinggit.

Anak dara akak yang buat jadi akak panggil buah Melaka anak dara Kak Ina KL😊

Bahan- bahannya
1/2 bungkus tepung pulut
+-1/2 cawan santan cair
Sedikit air daun pandan atau buh pewarna hijau jika malas nak kisar dan tapis.
Sedikit air kapur
Sedikit garam
Gula nisan kelantan potong kecil.
Kelapa parut muda putih sahaja di campur sedikit garam. Jika rajin kukus sebab nak bagi jangan cepat basi.

Cara membuatnya
1.  Bancuh tepung pulut dengan air daun pandan/pewarna hijau bersama santan cair yang telah di campur garam.

2.  Tuang sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat di tangan.

3.  Ambil adunan sebesar  guli dan masukkan gula nisan/merah tadi. Bulatkan semula dan letak di atas daun pisang 

4. Didihkan air, bila mendidih  masukkan sehingga adunan timbul.

5.  Angkat kemudian golekkan dalam kelapa parut yang telah di campur sedikit garam.

6. Buat sehingga habis adunan. 😊

SELAMAT MENCUBAπŸ‘


1 ulasan:

  1. Kuih paling femes time pose ni kan kak...dari mula PKP pun dah mula nampak dah...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...