OOO

Sabtu, Mei 09, 2020

RESEPI KUEH TEPUNG PELITA VIRAL DAUN PISANG


Assalammualaikum

Kuih tengah viral bila tiba bukan puasa. Nak nak zaman PKP ni payah nak cari orang jual.

Kalau jual pun harganya boleh tahan jatuh dalam 70-80 sen.  Ada gak yang jual dalam bekas plastik, macam kurang umphh lak rasanya.

Wah kena buat sendiri sebab anak akak makan bukan cukup satu.

Nak buat bekas ni akak guna kotak mancis yang besar pastu lipat tepi macam lipat kertas hadiah pastu stapler. 😁
Mula mula buat guna 1 lapis jer daun pisang, herot berot acuan sebab rajin kukus.😄

Kali kedua guna 2 lapis an daun, pastu tak kukus, adalah cantik sikit rupanya.😍

Resepi ambik kat fb di share oleh Kak Latipah

Bahan lapisan hijau:
1 cawan tepung beras
3/4 cawan gula
4 cawan air
4 helai daun pandan blend gunakan air di atas, ambil patinya.

Cara-caranya
Masukkan kesemua bahan kedalam blender. Kisar halus. Tambah sedikit pewarna hijau kalau mahu.
Masak dalam kuali atas api kecil.
Kacau hingga meletup-letup
Masukkan ke dalam bekas sesuai.
Taburkan sedikit gula di atasnya.

Bahan untuk lapisan putih
1 kotak santan kara
3 cawan air
5 sudu besar tepung beras
Sedikit garam.

Cara cara membuatnya
Campur kesemua bahan. Masak diatas api kecil hingga meletup-letup.
Letak diatas lapisan hijau.

Cubalah.
Masuk dalam peti sejuk pun sedap😍

1 ulasan:

  1. Saya dah banyak rasa dan makan, tetap juga dalam bekas daun pisang gini gak yang sedap kak...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...