OOO

Selasa, Mei 26, 2020

RESEPI IKAN KEMBUNG KUKUS AIR ASAM SEDAP

Assalammualaikum semua

Macam mana dengan sambutan hari raya PKP tahun ini.  Sedihkan sebab suasananya tak sama seperti sambutan yang pernah kita sambut dahulu.

Tiada lagi solat di masjid, semuanya di lakukan di rumah termasuklah solat terawih dan solat sunat Aidilfitri,

Apakah daya semuanya di sebabkan wabak Covid 19 yang melanda seluruh dunia, hampir semua negara terkesan dari segi ekonomi dan pelbagai cabaran sehingga ramai pekerja di berhentikan termasuklah anak akak.

Redha dengan ketentuan dari Allah SWT, insya Allah Ira akan di berikan rezeki yang lebih baik.

Bila dah muak makan pelbagai makanan tradisi hari raya yang banyak menggunakan santan apa kata jika kita buat pula masakan macam ni.


Bahan bahannya
  • Ikan kembung 3 ekor ataupun ikan selar
  • Bawang besar 1 biji - dipotong dadu
  • Cili merah 1 biji - dipotong dadu
  • Cili padi 5-10 biji - dihiris halus
  • Tomato 1 biji - dipotong dadu
  • Asam jawa 2 sudu besar
  • Air masak 1 cawan
  • Gula 1 sudu kecil
  • Garam secukup rasa

Cara memasak

  1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan sedikit garam.
  2. Kukus ikan sehingga masak.
  3. Campurkan semua bahan dan curahkan atas ikan yang telah di kukus tadi.
  4. Bolehlah kita makan segera bersama nasi panas dan telur dadar.

2 ulasan:

  1. Sedap betul ni makan dengan nasi putih.
    Betul tu, sehari makan lemak2 time raya, dah terasa muaknya. Teringin nak hirup sup pula.

    BalasPadam
  2. Sedap ni kak ina. Salam Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...