OOO

Isnin, Mei 18, 2020

LEPAT LABU TEPUNG BERAS SEDAP

Assalammualaikum semua

Dulu dulu tak minat makan lepat tak kira lah lepat apa pun.

Bila bulan puasa ni dah buntu nak buat kueh apa. Ada lak labu sebiji dalam peti sejuk.

Nak cubalah buat lepat labu guna tepung beras. Selalu orang guna tepung gandum kan.

Bahan yang diperlukan
2 cawan labu yang dikukus
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
Sedikit kelapa putih
Daun pisang secukupnya.

Boleh tenguk cara akak buat di youtube

Ni linknya

Cara-caranya
Campurkan semua bahan kecuali daun pisang dan kelapa parut dan gaul sebati. 
Layurkan daun pisang dan potong sebesar tapak tangan.
Letak sedikit garam ke dalam kelapa parut 
Ambil 1 sudu makan aduan  labu, letak sedikit kelapa parut tadi dan bungkus kemas. 
Buat sehingga habis. 
Panaskan air dalam periuk kukusan sehingga mendidih. 
Kukus selama 20 minit. 


p/s akak buat lebih sebab boleh di frozenkan.

4 ulasan:

  1. waalaikumussalam. sedapnya ni. cantik warna labu ^_^

    BalasPadam
  2. Sedappppp lepat labu ni dapat merasa jiran bagi minggu lepas tp nak buat malas hehe

    BalasPadam
  3. sedap ni...pinjam resepi ..nak cuba buat

    BalasPadam
  4. Nak tahun aduanan tu lembik @keras..date buat 2kali untuk niaga customer kata lembik tpi sedap..boleh mohon share MCM mama nk jadi kenyal sikit

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...