OOO

Khamis, Jun 11, 2020

RESEPI PUDING JAGUNG KASTARD SEDAP SUKATAN CAWAN

Assalamualaikum semua

Alhamdulliah dah habis dah PKP 2020, dah boleh rentas Negeri.

Ramai yang berkobar kobar balik kampung nak jumpa ibubapa tersayang.

Al maklumlah tak leh ke mana mana selama 3 bulan sehingga hari raya pun tak boleh balik kampung macam anak perempuan akak Yana yang patutnya giliran balik raya kat sini tahun ini.

InsyaAllah Yana anak beranak akan balik minggu sebab kerja KKM bukan boleh ambik cuti sesuka hati.
Cedapnya uwann😋
Buat puding jagung ni masa anak lelaki balik beraya beras isteri dan anak anak.

Kalau buat tak ada orang ramai alamatnya berminggu minggu baru habis.

Bahan utk Puding
1 cawan tepung kastard
½ cawan jagung manis (dalam tin)
¾ cawan gula pasir
3 cawan air
½ cawan susu cair

cucu suka makan dengan 
susu cair
Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan utk puding ke dalam kuali dan kacau mesra. 
Kemudian letak di atas api yang perlahan dan kacau terus-menerus hingga adunan pekat dan berkilat.
Angkat dan tuangkan ke dalam loyang kesukaan,. 
.

1 ulasan:

  1. Wowww kak, gebunya puding tu pakai acuan tu...geram plak kita nengoknyaa...
    Nak try buatlah, senang guna cawan aje..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...