OOO

Ahad, Jun 14, 2020

RESEPI AYAM MASAK MERAH Madu SEDAP

RESEPI AYAM MASAK MERAH MADU SEDAP


Assalammualaikum semua
Semalam ayah mertua dan 3 adik suami bersama keluarga datang beraya. 

Al maklumlah dah lama duk umah masa PKP fil dah boring macam gak rakyat Malaysia yang lain. 

Seronok bila ada tetamu datang sebab orang kata tetamu bawa rezeki dan bawa pulang dosa kita. 

Nasib baik anak dan suami tolong akak. Alhamdulliah.

Lauk ni akak padankan dengan NASI TOMATO  DATO RIZALMAN

RESEPI KAT BAWAH





Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam potong 8
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 6 sudu besar cili kisar-kalau nak pedas lagi tambah lah tapi tambah lagi bawang
  • 3-4 sudu besar cili sos
  • 1 sudu besar tomato sos
  • 2 sudu tomato soup heinz
  • 1 sudu gula pasir
  • 2 sudu besar madu
  • 1 kayu manis, 1 bunga lawang, dan 2 pelaga
  • 6 helai daun pudina
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • minyak
  • garam


Cara-cara
1.  Bersihkan ayam dan toskan.  Masukkan garam dan serbuk kunyit dan goreng.  
Tak payah garing. 
Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk tumis bahan seterusnya. 
2.  Kisar bawang besar, halia, bawang kecil, halia dan bawang putih.
3.  Panaskan minyak dan tumis bunga lawang, pelaga, kayu manis dan daun pudina. 
Masukkan bahan kisar  sehingga terbit bau.
4.  Masukkan cili kisar  dan kacau sehingga cili masak dengan api sederhana.
5.  Masukkan sos cili, tomato soup heinz, sos tomato, soup tomato heinz, gula dan sedikit air.
6.  Setelah itu masukkan madu dan tambah lagi sedikit air.
7.  Masukkan ayam dan bawang besar dan kacau sehingga kuah pekat sedikit.
8.  Masukkan garam jika perlu dan bolehlah  rasa dulu sebelum di angkat. 


9.  Hidangkan dengan nasi sedap 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...