OOO

Selasa, Jun 23, 2020

RESEPI AYAM CABAI HIDUP PUNG PANG DATO RIZALMAN

AYAM CILI HIDUP DATO RIZALMAN SEDAP

Assalammualaikum semua

Hari Raya dah habis dah. Alhamdulillah dapat anak akak Yana balik ke rumah kami.

3 bulan tak jumpa  anak cucu sebab PKP 2020 tak boleh rentas Negeri.

Dah dua kali buat lauk ayam cili hidup Dato Rizalman.

Kali ni makan dengan nasi tomato sebab Firdaus dan Yana balik.

Boleh gak makan dengan nasi putih😊 ikut tekak masing masing.

Bahan Utama
1 ekor ayam potong 12 basuh bersih dan toskan.

Bahan bahan
10 biji cili hidup
3 sudu cili kisar
1 biji bawang besar
6 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji buah keras
1 asam keping
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu cair
1 biji tomato belah 8
1/2 cawan tomato soup heinz
Garam dan gula
Air

Bahan tumis
1 kayu manis
2 pelaga
2 bunga lawang
3 batang serai ketuk hujung
Daun pudina
2 sudu besar minyak sapi
QBB

Cara caranya
1.  Kisar bawang merah, bawang besar, bawang putih dan halia.
2.  Buang biji cili hidup kemudian kisar halus.
3.  Panaskan minyak sapi, masukkan serai, daun pudina kemudian bahan tumis hingga wangi.
4.  Masukkan bawang yang telah dikisar hingga naik bau baru masukkan cili hidup, buah keras yang di ketuk dan cili kisar.
5.  Kacau sehingga terbit minyak baru masukkan ayam. Gaul sebati sehingga air ayam hampir kering.
6.  Masukkan susu cair, tomato, tomato soup heinz, asam keping, garam, gula dan sedikit air.
7. Kecilkan api biar ayam bersalut dengan cili.
8. Bila ayam dah masak boleh rasa dulu sebelum tutup api.

💖SEDAP DI MAKAN💓

2 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...