OOO

Isnin, Jun 15, 2020

BAHAYA KER TANAM POKOK LIDAH IBU MERTUA/LIDAH JIN/SNAKE PLANT

ADA RISIKO TANAM POKOK SNAKE PLANT
Assalammualaikum semua
Virallah pulak pokok Lidah  Ibu Mertua atau juga di panggil Lidah ni. 
Sehingga naik taraf dari pokok level biasa meroket jadi level pokok kayangan😁
Disebabkan kuasa viral sosial media juga nursery  di bandar besar meletakkan harga yahudi hingga tak masuk akal. 

Terutama apa bila dimasukkan ke dalam pasu cantik terus jadi ratusan ringgit.😚
Akak terjebak juga tapi masih kedekut nak keluarkan duit banyak demi pokok viral ni. 
Menggunakan kuasa sosial media juga akak minta jasa baik teman Facebook nak minta sepokok dua. Nak barter dengan pokok kunyit yang banyak tumbuh di kebun belakang rumah.
Minta kat teman yang duk berhampiran rumah akak jer sebab kedekut nak keluarkan duit minyak walaupun minyak murah sikit dari dulu😁
Alhamdulliah teman yang KPdah lama kenal dari zaman berblog ada dua jenis. 
Teman di Nilai yang dah lama kenal di FB tapi tak pernah bersua muka bagi lagi 1 jenis. 
Rupanya jiran belakang rumah ada juga tanam pokok ni. Dapat lah lagi 1 jenis
Akak cuma beli tanah sahaja gunakan pasu yang ada. Taklah berita Ia nak pergi ke nursery cari pasu dan batu yang cantik. 
Tapi keluar lak artikel dari Pusat Racun Negara. 
Dalam seuah posting di Facebook, ahli kimia, Puan Fatimah Salim juga menyatakan pendapat beliau tentang pokok ini.
JOM BACA SAMA SAMA😊
Pokok Lidah Jin atau nama saintifiknya, 𝘚𝘒𝘯𝘴𝘦𝘷π˜ͺ𝘦𝘳π˜ͺ𝘒 𝘡𝘳π˜ͺ𝘧𝘒𝘴𝘀π˜ͺ𝘒𝘡𝘒, khabarnya sedang tular di media sosial sekarang..
Diketahui bahawa tumbuhan ini mempunyai bahan aktif SAPONIN. Jika termakan dalam kuantiti yang banyak berkemungkinan boleh menyebabkan gejala-gejala ringan kepada manusia seperti muntah, cirit-birit dan ruam.

Namun, ia mungkin menyebabkan gejala yang lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Antaranya pengeluaran air liur yang berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.
Oleh itu, dalam keghairahan menanam pokok tular ini di rumah anda, pastikan anda BERWASPADA khususnya jika mempunyai anak-anak kecil yang mungkin bermain atau mematahkan pokok ini. 
Mereka mungkin terdedah pada bahan aktif saponin yang berisiko menyebabkan keracunan.
Menurutnya, apa yang membimbangkan adalah tanah yang digunakan dan disimpan dalam rumah. Tanah akan menjadi tempat kondusif untuk kuman membiak.
Jadi, kena hati-hati bagi mereka yang ada masalah kesihatan, terutamanya yang rendah sistem imuniti.

Tak dinafikan tumbuhan ini memamg cantik dijadikan hiasan.
Tapi kita perlulah menjaga dan meletakkannya di tempat yang selamat yang tidak membahaya.
Tidak dinafikan terdapat amalan yang menjadikan tumbuhan ini sebagai herba. Tetapi tidak kepada kanak-kanak.
 Kewujudan gejala bergantung kepada kuantiti yang diambil. Menanamnya tidak salah cuma perlu berwaspada sahaja.
Nak tau gak pokok ni bahaya ker idok..harga mahal bebeno

5 ulasan:

  1. tengah duk viral ni... ayah cakap kat keliling rumah ada banyak hehe :D dia bercambah sendiri2

    hanisamanina.com

    BalasPadam
  2. saya memang dah tanam pokok ni sebelum viral, alhamdulillah, pokok ni mudah membiak.Beli sepasu pun takpe, nanti kalau dia membiak, boleh dapat dalam dua tiga pokok..saya berkenan kat batu-batu putih kecik tu..nanti nak cari jugaklah..:)

    BalasPadam
  3. Saya juga hampir terjebak nak tanam sehingga dapat tau dari facebook bahawa ia tak sesuai kalau ada haiwan peliharaan.

    BalasPadam
  4. Kena tanam guna batulah dalam rumah pokok ni.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...