OOO

Jumaat, Februari 05, 2021

PASTRY PUFF INTI AYAM SEDAP

Assalammualaikum semua

Mood ke laut lah sekarang ni. Ramai gak geng blog akak dulu dah mula malas update blog. 

Akak ikut mood jer. 

Buntu gak otak bila buat Puff ashik buh kentang. 


Google cari inti yang lain pulak. 

Bahan-bahan untuk filling (inti) 

2 keping dada ayam didadu kecil
1/2 tin Campbells cream of chicken
1 sudu besar serbuk lada putih
1 biji bawang besar didadu
1 biji ubi kentang didadu
1 cawan sayur campur
2 - 3 sudu minyak jagung
*sedikit air jika perlu 
*sos Campbells telah pun masin, tak perlu tambah garam lagi.

1 paket Puff pastry KAWAN


Cara caranya
Panaskan 2 sudu besar minyak. 
Tumis bawang besar hingga layu. 
Kemudian masukkan isi ayam, kacau sehingga warna putih. 
Masukkan pula Campbells cream of chicken dan sedikit air. 
Masukkan kentang dan sayur campur, biar sampai kentang lembut. 
Kacau rata, masukkan serbuk lada putih pastu  matikan api, tekstur filling ini adalah sedikit creamy.
Ketepikan inti dan biar sejuk.
Jom buat
  • 10 keping puff pastry jenama “Kawan” saiz 4 x 4 ici
  • Inti
  • 1 kuning telur + 
CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Panaskan oven 190C.
  2. Ambik 1 keping puff pastry letak inti, lipat pastu tekan tepi dengan garpu. Nak lipat ikut cara mana pun ok. 
  3. Alih dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. 
  4. Gunting atas pastry, sapukan kuning telur. 
  5. Bakar pada  selama 20-25 minit hingga keperangan. 
  6. Bolehlah dihidangkan. 

2 ulasan:

  1. Assalam kak ina, wah sedahnya. Harap kak ina dan keluarga sihat hendaknya.

    BalasPadam
  2. Sedapnya nampak...resipi pun nampak senang.. harap saya boleh cuba buat untuk anak-anak

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...