OOO

Rabu, Mac 17, 2021

RESEPI PUCUK/DAUN UBI GORENG BERLADA JoDATO RIZALMAN

 Assalammualaikum semua

Akak ni suka tenguk ig Dato Rizalman sebab suka dengar suara dia berleter guna bahasa utara.

Dia juga suka share resepi yang mudah dan sedap. Minat gak beli barangan yang di jual oleh beliau.

Bukan semua barang yang akak beli, yang perlu untuk kegunaan dan ikut kemampuan sendiri jer akak terbeli.  

Orang kata biar menyesal terbeli dari menyesal tak beli kannšŸ˜Š

Bila tenguk Dato Ri share resepi daun ubi ni macam sedap jer gamaknya. Kebetulan banyak lak pokok ubi kat kebun mini belakang rumah.

Bukan guna pucuk, pucuk tu akak buat masak lemak campur daging salai

Daun muda 2 helaidari pucuk akak gunakan buat resepi ni. Kena cuci sebab nak buang getah, pastu jemur sampai kering airnya.

Kena dua atau 3 kali alihkan daun dalam penapis. Kalau tak jemur nanti bila goreng minyak bila kena air akan meletup.

Buat hal pulak kena kat muka atau tangan kita nanti.

Ni resepi yang di tulis oleh geng tele kami. 

Akak tambah hirisan bawang kecil, gula kabung dan stok ikan bilis. 

Cubalah yer. Akak buat untuk makan makan jer.



Tiada ulasan:

Catat Komen

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...